Memori lama mekar kembali...

Cewahhh...tajuk entri kali ini memang tak tahan! Macam best je! Macam hebat je! Kannn... Ok sabar ye, ni nak cerita ni..
Kejadian berlaku semalam (18 September 2014) bersamaan dengan hari Khamis.. Macam suspen je kan?
Yang sebenarnya, saya pergi gathering dengan kawan-kawan sekolah yang dah lama tak jumpa. Kami ni tamat sekolah tahun 1996. Maknanya sudah 18 tahun kami tinggalkan zaman persekolahan di Sekolah Menengah (Perempuan) Raja Zarina, Pelabuhan Klang. Tapi, bukanlah itu bermakna kami baru berjumpa semalam selepas 18 tahun ni. Ada yang sering berjumpa sebab rumah berdekatan antara satu sama lain. Ada juga yang berjumpa kerana urusan kerja. Ada tu yang berjumpa kerana hari raya. Cuma saat nak berjumpa bersama-sama, cukup korum...tu yang payah sikit. Contohnya saya. Saya ni dah tercampak di Taiping kerana tugas mendidik anak bangsa. Jadi, hanya waktu cuti persekolahan saja boleh berjumpa. Walaupun kami semua telah berusaha untuk berkumpul secukupnya, namun masih kurang seorang ahli iaitu Cikgu Aiin. Aiin terpaksa balik ke kampung sebelah suaminya di Terengganu atas urusan keluarga. So Aiin, if you read this, this is for you too.
Pertama sekali saya nak merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada dua insan istimewa yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan pertemuan istimewa ni sesuatu yang memorable. Mereka adalah, Ijan, ataupun nama glamour nye ialah Jonet. Dari dulu lagi kami panggil dia Jonet. Ada sejarah tu disebalik nama istimewa tu. Hihihi... Insan istimewa yang kedua, tidak lain dan tidak bukan ialah Gee. Kenape saya cakap dia istimewa? Mmmm...kenapa eh? Oh..sebab dialah tuan rumah tempat kami melepak tu. Dan suaminya yang selalu sporting dan sangat memahami kami sejak dulu lagi-Razif. Nasib baik dia pergi kerja. Diorang ni bercinta dari zaman sekolah lagi. Walaupun kami ni sekolah perempuan, sempat lagi si Gee ni kan! Zaman kami dulu, bila bercinta memang betul- betul berdoa agar In Shaa Allah hingga ke Jannah. Semoga Gee-Razif, kalian kekal ke Jannah... Jangan lupa jemput kami melepak di rumah kalian lagi tau...hihihi...
 Hah...inilah Ijan@Jonet (bertudung Fareeda pink kelabu) dan Gee (bertudung coklat)... Cantik kan? Haaa one more thing...kalau kawan-kawan semua perasan, baju yang mereka berdua pakai ni sama colour kan? Pattern pun sama kan... Cuma si Jonet punya ada lace di tangan. Untuk pengetahuan, kami ramai-ramai order baju jubah ni dari @elzaritha. Yang lawak nya, empat orang dari kami beli warna yang sama iaitu warna nescafe. Tapi, tak boleh minum ye!!! Lace di tangan Jonet tu, kami minta Jaja yang jahitkan. Jaja memang pandai menjahit. Cuma Gee je yang tak nak lace sebab dia tak minat. Ok, bila dah disebut-sebut nama Jaja ni, kena lah pulak cerita pasal dia kan. Jaja ni anak tunggal. Manja gitu! Untuk majlis kami ni, beliau sudi menyediakan juadah kari ayam dan serawa durian. Memang sedap sangat. Maklumlah, surirumah. Confirm pandai masak kan! Tapi, pada hari tersebut, beliau sampai lewat sedikit sebab keretanya ada problem sikit... Tunggu punya tunggu...perut kami dah main segala genre muzik dah...akhirnya kami start makan tanpa Jaja... Apalagi, saya bacakan doa makan, lepas tu.. 123 serangggg...! Tidak lama kemudian Jaja pun sampai. Tapi, kepada kawan-kawan semua...saya tahu kalian semua mesti nak tengok wajah si cantik manis Jaja ni kan? Memang dia cantik dan comel pun! Tapi, bagi menghormati imej baru dia, saya hanya mampu berkongsi gambar yang ada ni je. Sebabnya, Jaja kini sudah berhijrah. Dia kini berniqab dan berhijab. Seronok sangat melihat perubahan yang sangat positif kawan-kawan saya ni. Saya? Hihihi...saya yang sedang-sedang sahaja. 
 Jaja - berniqab dengan jubah dari @bella ammara.

Ok sape lagi ek yang ada? Hah..cerita Aiza pulak. Saya datang tadi dengan dia lah... Pergi ambil dia di rumah mak dia, terus konvoi dengan Shar. Shar pulak, tunggu tepi jalan dekat dengan rumah mak saya. Sekarang cerita pasal diorang pulak ye?! Aiza... Aiza ni satu sekolah dengan saya dari sekolah rendah sampai lah ke sekolah menengah. Sekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Tengku Bendahara Azman 1, Pelabuhan Klang. Dia ni sport girl. Masa di sekolah rendah dulu, dia pernah dinobatkan sebagai Olahragawati sekolah. Time tu tak ingat darjah berapa. Masa di sekolah menengah pula,aktif dalam pasukan bola jaring dan softball. Ingat lagi saya, beliau pernah tercedera di bibir disebabkan terkena bola softball tu. Kesian betul. Tapi, tetap cun melecun, meletops gitu! Ok, now we move on to Shar. Shar ni pulak, best friend saya. Dari kecil seingat saya sejak berumur 5 tahun lagi kami dah berkawan. Pergi sekolah rendah yang sama. Masuk kelas darjah 1-6 yang sama. Masuk sekolah menengah yang sama. Cuma tingkatan 1-3 je tidak sama. Lepas PMR, masuk tingkatan 4-5, pun sama. Hujung minggu, saya pergi rumah dia. Dia pergi rumah saya. Mengaji pun sama-sama, dengan mak saya, di rumah saya. Bergaduh selalu juga. Sebab kami dua-dua anak bongsu. Jadi, masing-masing kuat merajuk. Tapi...baik semula... Next person is Lily. Lily ni, gila-gila sikit. Dia suka art dan ramai peminat time sekolah dulu. Hihi... Dia paling rapat dengan Jonet, sebab mereka membesar bersama-sama. Yang pastinya, kami selalu pergi beraya rumah Lily. Sebab mama dia rajin masak. Sedap. Mama Lily selalu buat laksa. Tapi si Lily ni, tahu ke tidak agaknya masak laksa ye?... Ok, gambar-gambar.. Mana gambar???
 Yang ni gambar saya dengan Aiza. Yang purple tu kan saya. Sorry Gee, jahanam sofa kau! Yang si cantik manis berjubah biru tu lah Aiza. Kan saya cakap dah tadi, dia ni cun melecun meletops!

 Haaa...yang minah tangga ni pulak...Shar dan Lily. Cuba teka mana satu Shar dan yang mana Lily?... Macamana nak teka kan? Kenal pun tidak! Ok let me introduce you to Shar - berjubah nescafe @elzaritha, bertudung purple. Lily pula yang lagi seorang tu lah.. Dah dua orang je pun kan? Cute tak? Walaupun masing-masing dah jadi mak orang, tetap very the vogue, very the vast!!! Dapat camera, lupa dunia kan... Baca sampai habis tau. Nanti rugi!!! 

Ok...gambar kat atas ni...ada pulak photo bomb si kenit, Eusra ni ha... Eusra ni memang pantang nampak camera. Menyibuk je ibu dia nak posing. Ibu si kenit Eusra ni ialah, Farina (berjubah biru, juga @elzaritha) dan Taty yang berjubah pink @zawara... Ish, saya ni dah macam promoter jubah pulak! Ni boleh dapat gaji lebih ni sebab tolong promote kan? Satu perkara yang pasal Farina yang sangat-sangat saya ingat. Everytime cikgu tanya pasal cita-cita...jawapan dia tak akan pernah berubah. Setiap kali dia bagi jawapan, mesti cikgu marah...kesian Farina. Apa salahnya dia nak jadi PENYANYI... Dah memang itu minat dan kebolehan diri dia. Memang suara dia sedap pun! Tu lah anak dia mengikut perangai dia tu...hahaha... Kawan-kawan ingat tak tadi saya cerita pasal Shar? Ada story lagi ni... Farina ni adik ipar kepada Shar. Abang Farina sudah jatuh hati pada Shar, lantas berkahwinlah mereka itu... Jadi, selain, berbesfriend..mereka juga bersaudara! Macam drama kan cerita kami ni? Agak-agak ada tak mana-mana producer nak buat drama kami? Hihihi...berangan lah pulak.... Ok Taty pula ye?! Taty ni dari dulu memang low profile. Orangnya cantik manis, tak banyak cakap sangat. Apa pun yang kami kecohkan, dia relax je. Senyum je.. Pengemas orangnya. Taty ni, seingat saya, dia memang tak reti langsung bawak kereta manual. Jadi, kalau nak ke mana-mana, kalau lah kami ni mengantuk dan tak larat nak drive, jangan harap dia dapat membantu. Sabar je la! Tapi, zaman sekarang ni semua kereta pakai gear automatic. Jadi, ok lah sikit. Ada lah kerja nak bagi kat dia ni kan? Oh ye, dia dan Farina memang very close...


Jangan ingat...mak-mak, ibu-ibu, mama-mama, mummy-mummy, umi-umi je tau yang pandai melaram...tengoklah anak-anaknya pun... Kelas gitu...like mother, like children, katanya!

 Seronok sangat sembang pasal hal diri masing-masing kan, sampai lupa nak makan! Itulah yang terjadi pun. Lepas kami makan tu...kami berposing sakan, sembang-sembang, memang tak ingat dunia. Nasib baik ingat Allah lagi. Tidak terlajak Zohor.. Dari pukul 11 pagi kami sampai...hingga ke pukul 4.30 petang baru nak balik... Tapi, rasa macam tak nak balik tau! Ni nak tunjuk sikit menu kami yang sedap hingga menjilat jari ni...mjangan terliur pulak.. Susah saya nak pergi hantarkan!

                                                    


                              
                       
                                                      
                                           


Penuh semeja kan? Dah macam sambutan hari raya..Haaaa...amacam? Terliur tak? Jangan ingat kami ni pandai posing je tau.. Kami juga pandai memasak! Oh lagi satu, sesapa yang teringin nak makan kuih talam...pelbagai jenis talam ni. Contohnya, yang kami makan hari tu, talam cendol. Talam lain pun ada - talam suji, talam jagung, talam tokyo, kuih seri muka, dan macam-macam lagi, boleh pm saya Juju 012-2827433. Tapi, Gee yang buat. Bukan saya. Saya tak boleh reveal no.phone dia di sini. Dan kalau ada nak order kek batik Zumy, pun boleh contact saya.. Saya tak ada share pun dengan diorang ni. Saja nak tolong kawan-kawan. Lagipun, memang sedap. Kalau tak sedap, tak nak lah tolong promote kan! Setiap dish tu, disediakan oleh setiap individu. Tq everyone!
                

     
                                 
       

Inilah kisah paling indah antara kami semua. Saya berharap our bitter sweet memories ni akan kekal abadi dan semoga kita mendapat limpahan rahmat dari Ilahi di dunia dan akhirat... Yang pasti, salah seorang rakan kami, Syarizah Azwin atau kami panggil Sweet, telah lama pergi meninggalkan kami. Arwah memang sangat sweet senyumannya. Kerana itu, kami panggil dia Sweet. Memang pandai terutama dalam subjek Matematik. Seorang yang jujur dan rajin. Walaupun kenangan kita tidak panjang, namun dia adalah sahabat yang istimewa yang Allah pinjamkan kepada kami. Biarpun hanya seketika, kau telah menceriakan geng kita ni sehingga kami semua tak akan mungkin melupakanmu. Saya tidak boleh share foto arwah di sini. Saya perlu hormati keluarga arwah. Al-fatihah. 

Begitulah lumrah kehidupan, dalam senyuman, pasti ada kesedihan...dalam kesusahan, pasti ada kesenangan...itu semua kehendak Ilahi. Begitu juga pertemuan kami ini... Alhamdulillah, Allah perkenankan dan permudahkan. Dengan izinNya, kami dapat berkumpul dan mengeratkan ukhwah. Syukur sangat kerana saya dipertemukan dengan sahabat sejati yang selalu ada di kala susah mahu pun senang... Untuk kawan-kawan semua, apa kata, lepas baca entri saya ni... Grab your phone, contact your friend...and say hello... Kadang-kadang, kita terkecil hati di sepanjang persahabatan kita, mungkin sedikit merajuk, marah, sayang, rindu...jadi inilah masa nya untuk kita, buang yang keruh, ambil yang jernih. Sahabat memang mudah dicari...datang dan pergi...tetapi SAHABAT SEJATI... sukar dicari, sukar dibeli, sukar didapati! Jika ada, jangan lepaskan...kerana SAHABAT SEJATI, akan selalu ada, selalu faham, selalu sayang, selalu benci, selalu menasihati kita...
Ok lah...cukuplah sampai di sini dulu, nanti kita sembang lagi ye...


Comments

Popular posts from this blog

Buat tatapan ibubapa yg nak hantar anak ke sekolah cina

Catatan sebagai guru Ipad..... Saat pertama kali mengenal I-pad!

Ini bumi yang kupijak...lagu Wawasan MRSM Taiping yang masih menyengat!!!