Posts

Showing posts from 2014

Kisah banjir paling tragis Disember 2014

Image
Disember 2014... Sedih mengenangkan nasib saudara kita di beberapa negeri yang dilanda banjir besar... Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak yang dilanda teruk dan beberapa kawasan lain lagi yang tidak saya nyatakan di sini. Kanak-kanak kesejukan, kelaparan...bukan kanak-kanak sahaja orang dewasa tua muda.... Tatkala saya menulis blog ini, sambil minum dan makan, ada kawan-kawan kita di luar sana yang mungkin terpaksa minum air banjir kerana tiada bekalan air bersih lagi... Sudah kering air mata saya mengalir namun, hanya dapat membantu dari segi kiriman barangan keperluan sahaja. Selebihnya, saya berserah dan berdoa kepada Allah SWT agar diberi perlindungan dan keselamatan buat mereka... Setiap hari mereka dalam ketakutan. Memikirkan apa lagi musibah yang bakal mendatang... Sesungguhnya, sebagai umat Islam kita wajib percaya kepada qada' dan qadar.. Perlu redha di atas segala musibah yang diturunkan. Namun begitu, mesti ada yang marah bila saya cakap redha.... Mesti ada yang menem

Anak melayu sejati- nasi oh nasi....

Image
Hari ni rasa malas nak keluar beli breakfast. So, cadangnya makan roti bakar je lah. Cakap pada anak saya yang sulung tu- Muhaimeen- abang, pagi ni kita makan roti bakar letak cheese je lah ye? Dia ok je sebab memang dia suka sangat makan cheese... Kemudian, beralih pulak pada si adik- Nia. Yang ni...menarik dan memeningkan kepala mama...sebabnya, anak saya ni memang anak melayu sejati..berikut adalah conversation kami ye... Mama: nia, hari ni kita makan roti dengan telur je lah ye? Nia     : tak nak. Nia nak nasi lemak.. Mama: alahai mama malas nak keluar lah dik... Nia     : macam tu nia nak nasi dengan telur dengan kicap dengan sos tomato... Mama: nasik? Ok la...tapi lambat sikit ye sebab mama nak kene masak nasi dulu Nia     : tak pe...nia boleh tunggu...  Asal nasi dari beras kan? Tunggu ye Nia.. Begitulah penangan nasi bagi seorang anak kecil bernama Nia Nur Iman. Dia memang penggemar nasi. Pernah sekali, pukul 10.30 malam, dia minta nasi dengan telur. Dahsyat tak? Bila kami kelu

Ini bumi yang kupijak...lagu Wawasan MRSM Taiping yang masih menyengat!!!

Image
Sebagai guru yang mengajar di MRSM Taiping, hari ni, saya nak ajak semua warga MRSM Taiping, untuk mengimbau kembali lagu Wawasan MRSM Taiping.... Pertama kali saya mendengar lagu ni, kira-kira 12 tahun yang lalu, saya dah jatuh cinta dengan lagu ni. Nak tau kenapa? Sebabnya...gegaran lagu ini membuatkan kita benar-benar merasakan betapa hebat dan cinta nya kita pada maktab ni. Bait kata nya, melodi nya...membuatkan kita rasa bahawa kita wajib menjaga nama baik maktab kita ni. Ke mana pun kita pergi, tatkala terdengar je lagu ni...ia seolah-olah akan meremangkan bulu roma. Walaupun kita tak kenal senior kita, tak kenal junior kita, lupa pada guru-guru yang telah lama kita tinggalkan, namun...saat kita dendangkan lagu WAWASAN MRSM TAIPING ini...kita semua seperti satu... satu family. Tak kenal, tiba-tiba jadi kenal.... sesaat itu, terus terkenangkan keindahan maktab kita...kawasan sekelilingnya.... Jadi apalagi...jom nyanyi!!! LAGU WAWASAN MRSM TAIPING Ini bumi yang kupijak, Ini l

Cuti sekolah vs kenduri kahwin Siri 2

Image
Haaaaa... Dah macam slot akasia kat TV3 pulak kan, bersiri-siri.... Ok lah, yang Siri 1 tu, semalam punya cerita... Yang ni, hari ni punya cerita iye?! Bersamaan dengan hari Ahad, 7 Disember 2014... Alhamdulillah sangat ada entry macam ni. Sebabnya apa tau...dapatlah saya berkunjung ke majlis perkahwinan sahabat saya ni- Noorhayati Husin@Megat...atau pun, dulu-dulu time sekolah, saya panggil dia Yati Pontianak. Ish...seram pulak malam-malam nak cerita ni.... Panggilan Pontianak tu, bukan sebab dia bersiung ke, ngisap darah orang ke...tak!!! Langsung tak! Sebenarnya Yati ni kalau gelak, masya Allah, dah macam mengilai. Sebab tu lah kami gelarkan dia gitu. Tapi...tapi...itu masa zaman sekolah rendah. Zaman kanak-kanak ribena. Zaman aku gelak,sukati aku lah! Tapi, bila meningkat remaja, tak de dah dia nak gelak gitu... Sebelum tunuj gambar kahwin dia, jom story sikit pasal Yati ni... Saya ni berkawan dengan Yati dari darjah 1 sampailah sekarang ni ha...dah 35 tahun umur kami... Cer kira b

Cuti sekolah vs kenduri kahwin Siri 1

Image
Assalamualaikum semua... Selamat sejahtera... Kalau baca je tajuk tu, confirm kawan-kawan semua tahu apa yang nak di story telling kan kat sini kali ni kan? Haaaa... Betul! Betul! Betul!... Bila mula je cuti sekolah, maka bermula lah kenduri kahwin... Ada aje kenduri kahwin, maknanya cuti sekolah la tu!!!  Eh...tak salah. Saya tak cakap salah pun buat kenduri kahwin, time cuti sekolah. Tak berdosa langsung! Tak kisah bila pun majlis perkahwinan anda nak buat, yang penting mestilah ada pengantin lelaki dan pengantin perempuan nya. Wali nya. Saksi nya. Mas kahwin nya. Waras akal fikirannya... Betul ke saya cakap ni? Betul la kot kan...  Kenapa orang suka buat kenduri kahwin time cuti sekolah? Saya rasa semua orang ada jawapan yang sama dengan saya. Cuti sekolah ni kan panjang, senang nak kumpul sedara mara. Yang sedara mara pulak, senang nak bawa anak-anak sebab tak risau,anak letih. Bayangkan majlis dibuat pada bukan cuti sekolah. Kena pulak hari Ahad. Majlisnya di Kedah... Nak lari bal

Jom jaga kesihatan kita

Tengahari ni, tetiba pulak rasa nak baca laman kesihatan.. Cari-cari...hahahaha rasanya yang ni memang bersesuaian sangat dengan saya yang dah semakin membulat ni. http://e-kesihatan.blogspot.com/2011/10/turunkan-berat-badan.html Jom baca sesama nak... mana lah tau kot-kot berjaya direalisasikan...

Kuih keria meletops!!!

Image
Hari ni, saya terasa-rasa nak makan keria buatan sendiri. Selalunya memang beli je, tapi tak tahu nape lately ni, rajin pulak nak buat kuih-muih ni... Faktor usia kah? Hahaha... Ok, saya beli 4 biji je keledek yg bersaiz sederhana. Cari keledek putih takde lah pulak. Yang ada keledek oren...pun boleh! Resipi keria saya ni, tak ada sukat-sukat... Sebab saya belajar dengan moksu saya, main agak-agak je...jadi saya tak berani nak bagi resipi kat sini. Cuma saya boleh bagi senarai bahan je la... Bahan untuk keria: 1. Keledek (rebus sampai empuk,lembut) 2. Tepung gandum  3. Garam 4. Sesudu besar marjerin Cara-cara: 1. Lenyek keledek, tambahkan garam. 2. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit.  3. Tambahkan marjerin. Gaulkan sehingga agak-agak kental dan boleh dibentuk. 4. Jangan terlalu banyak tepung, nanti keria kawan-kawan liat pulak. 5. Bentukkan keria. Jika tangan terlalu melekit, taburkan tepung ke tangan anda.  Ini rupanya selepas dibentuk dan dilumur sikit dengan tepung. Abaikan size

Makan2 kat islamic western steakhouse

Image
Hari ni 29 november 2014, birthday kakak saya... Jadi nya malam ni we're having a dinner di restoran ni lah.. Akak yg belanja. So, saya order sirloin steak. Untuk anak-anak, ada macaroni & cheese. Mak pulak order spageti. Boboy pulak macam biasa, chicken chop... Penuh semeja kan? Antara makanan yang kami order:  Ni chicken chop Mac & cheese... Nampak sedap juga! Spageti pun ok juga... Sirloin steak dia... Tapi agak kecewa sebab daging dia agak liat. Susah juga nak kunyah tadi...  Wajah happy mak... Sebab semua anak cucu berkumpul... Makan spageti pula...memang favourite dia tau!!! Yang tudung hitam tu, kakak saya lah... The birthday girl!!!  Memang seronok dapat duduk berkumpul dengan family kan? Makan sama-sama, sembang-sembang... Ok lah... Sesapa yang nak cuba makan western kedai yang halal... Bolehlah cuba datang sini ye...

Aeon Taiping pulak

Image
Start keje 2002 dulu, Taiping memang takde supermarket sangat. Mengimbau 12 tahun lalu, seingat saya hanya ada Taiping Jaya kat tengah-tengah pekan Taiping dan Fajar di Kamunting. Tapi sekarang... Nama je apa pun..semua ada. Tesco, Giant, Taiping Sentral, Taiping Mall, The Store semua ada. Dan sekarang, hari ini kami ke AEON pulak...  Dasyat dah taiping sekarang. Jalan pun dah makin sesak... Bagus jugak la tengok pembangunan di Taiping sekarang..  Ingat lagi, dulu masa mula-mula datang kerja sini, tiap-tiap hari saya nangis nak pergi Jusco. Maklumlah, kat Klang tu Jusco memang tersergam indah. Tau-tau datang Taiping, tak ada lah pulak... Tapi, sekarang bila AEON tu dah ada depan mata, saya tak rasa lah pulak nak pergi sangat-sangat. Hari pertama pembukaan AEON tu, saya menangis. Kenapa lah ada kat Taiping ni. Sebabnya, jalan memang jam teruk sangat-sangat!!! Kelakar pun ada..bila tak ada, ditunggu-tunggu, bila dah ada...tak mahu!!! Inilah nama nya manusia, susah sangat nak bersyukur...

Karipap pusing meletops!

Image
            Adoiyaiii...tengah duduk-duduk takde keje ni, tetiba teringat kuih karipap pusing yg mak saya selalu buat! Memang sodap lagi melatops!!! Tapi, tulah dia nya...padan muko den, masa mak saya selalu buat dan masih ingat resipinya, saya buat x kisah je... Sekarang ni, bila mak dah mula tak ingat, lupa..baru pulak teringin nak belajar. Nampaknya, terpaksa belajar kat internet je la... Saya baru cuba baca resipi kat blog azlina@terminal hijrah... Susah jugak tu... Ni pon gambar karipap yg dia buat. Cantik kan?  Nanti bila saya dah berjaya, saya bagitau ye... Hihi... Bye

Muzium Taiping...wow...

Image
Ni story yang berlaku 14 Oktober 2014 yang lalu... Hari Selasa ada perjumpaan Kelab Bahasa Jepun. Memandangkan jurulatih Kelab Baha Jepun, Nirmala Sensei, tidak dapat hadir kerana beliau ada mesyuarat, makanya kami decide nak pergi Muzium Taiping... Bila difikir-fikirkan, memang apa relevannya Kelab Bahasa Jepun dengan muzium kan? Haaa... Memang tak berapa nak relevan! Tapi, kita bagi lah jadikan semuanya relevan!!! Amacam? Boleh?  Pada petang yang hujan itu, saya pun bahagikan mereka kepada a few groups. Ada 4 orang dalam each group tu. Tugasannya mudah. Mereka mesti melukis plan muzium dengan meletakkan to the left or to the right dalam bahasa Jepun. Dah belajar dah pun... So, bas MRSM Taiping pun dah sedia menunggu, jom lah cepat! Jika cikgu-cikgu nak bawa students dengan berpakaian sekolah, maka tiada bayaran yang dikenakan. Cuma buat surat sikit dan boleh fax terus. Maksimum 5 orang guru juga percuma. Tapi, jika tanpa uniform sekolah, bayaran sebanyak RM2.00 dikenakan. Bagi orang