Jom pegi Zoo Negara

Hari ni cuti Hari Malaysia... Rasa mcm kene keluar berjalan2 ni... Jadinya, kakak saya ajak pegi Zoo Negara... Selalunya pegi Zoo Taiping je kan, kali ni ke Zoo Negara plak. boleh tengok Giant Panda. 
Dari pagi cakap nak pegi..tapi tak siap2 juga...last2 kami bergerak dalam pukul 1 lebih! 
Sampai kat Zoo, adoiyai... sesak.banyak kete.jem... Tapi akhirnya dapat gak lah parking. Anak2 memang suka la pegi Zoo kan. Kami yg dewasa ni excited nk jumpa Giant Panda aje... 

Ok..ni kat entrance nye..Selamat Datang ye!

      

Ok, kat atas ni adalah price listing untuk masuk ke Zoo Negara. Kadar bayaran biasa RM 30 untuk dewasa tu jika sekiranya kita tak nak masuk tengok Giant Panda. Tapi, kami sekeluarga memilih untuk melihat Giant Panda (RM 50-dewasa) sebab tak pernah tengok panda secara live. 
Yang menariknya, ada pakej sekolah untuk pelajar bermula dari peringkat Pra-sekolah sehinggalah peringkat sekolah menengah. Jadi, kepada guru-guru yang bercadang nak educate the students about animals, this is the place dan harganya sangat berpatutan. Tapi, cikgu2 semua...jangan lupa untuk bawa surat dari sekolah masing-masing dan pastikan pelajar cikgu semua pakai uniform sekolah tau! 

       
    Yeayyyy...dah dapat tiket dah. Jom kita masuk zoo....

                          
Nak pegi mana ek? Tengok peta dulu lah... Ish...macamana ni? Banyak sangat tempat menarik ni. Tak tahu nak pegi mana dulu....

                         
Ok... Uols semua boleh lah pilih nak pegi mana... Ikut je tanda arah ni..memang tak akan sesat. Kalau sesat, boleh tanya staf yang memang ada dalam Zoo ni..
Jalan2... Terus pegi tgk persembahan haiwan. Macam2 ada, pandai plak tu diorg ikut cakap tuan dia. Puji kepada En. Hafiz yang menjadi juruacara semasa show ni berlangsung. Beliau kelakar, fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. 





Pandai betul haiwan ni mengikut kata2 cikgu ni... Rupanya setiap haiwan ni, ada nama mereka sendiri. Contohnya si burung kakak tua tadi tu, yang merah bernama Coco manakala biru bernama Ringgo. Si dolphin ni pulak nama dia, Dolbi..What a cute names...

Burung2 tu berasal dari India... Berkaki panjang dan makanan kegemaran mereka adalah ikan. Ok... Persembahan ni tadi bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 4.00 petang. Tapi kami tidak tunggu sampai habis sebab kene berkejar ke Giant Panda.
     
Ni dalam akuarium...banyak ikan pelbagai jenis... Ada yang besar dan ada yang kecil... Seronok tengok ikan2 berenang dalam akuarium masing2...

Bergambar dulu lepas tengok ikan... Suasana di luar akuarium. Cantik...

Ok dah sampai kat tempat Giant Panda ni... Yang ni memang mintak ampun banyak2... Lupa nak snap picture entrance dia..sebab terlalu excited nak tengok panda. Lagi pula, kami mengejar masa sebab waktu tu dah pukul 4.40 petang.... Tapi, kawan2 kalau tak jumpa jalannya.. Terus je menghala ke hujung belakang Zoo sehingga jumpa kandang beruang. Terus berjalan lagi mengikut laluan tar sehingga nampak kedai cenderahati di sebelah kiri anda... Teruskan perjalanan lagi sampai jumpa kawasan flamingo. Kemudian belok ke kanan. Di situ, kawan2 akan nampak sebuah pintu gerbang besar dan cantik bertulis 'Savannah Walk'... Hah...kat dalam tu lah diamnya si panda.

    
Yang ni adalah hall di mana petugas sedang memberi sedikit briefing tentang tatatertib ketika kita berjalan untuk melihat panda tersebut. Dewan ni memang berhawa dingin, bersih dan ada skrin yang menunjukkan proses perjanjian dan perjalanan panda dibawa dari China ke Malaysia. 
Antara perkara utama yang diingatkan oleh petugas tersebut ialah; pengunjung tidak boleh bising semasa ekspedisi berlangsung. Keadaan yang bising boleh mengejutkan dan menakutkan si panda. Selain itu, kamera flash tidak dibenarkan. Hanya kamera biasa tanpa flash sahaja dibenarkan. Kemudian, kami diarahkan untuk menuruni tangga yang berada di kiri dan kanan dewan. Di sepanjang perjalanan itu, sentiasa ada petugas yang memegang sepanduk 'shhhhh..' sebagai ingatan kepada kami agar tidak berbuat bising.

Ada dua ekor panda kat sini. Tapi, waktu kami sampai tu, mereka baru lepas makan.. Maklumlah..dah makan,perut dah kenyang, mata pun ngantuk lah kan... Kita yang manusia ni pun sama juga... Keadaan dalam tu memang sejuk ber'aircond'..sama seperti habitatnya di China. 

                         


 Yang sempat di snap ketika itu...

Haaa...kat sini saya nak share sikit pasal asal-usul bulu panda... Rupanya bulu panda ni pada zaman dulu ialah putih. Disebabkan suatu peristiwa di mana seekor harimau bintang telah membunuh seorang gadis gembala tatkala si gadis itu hendak menyelamatkan anak Giant Panda.
Upacara diadakan bagi menguruskan mayat si gadis gembala. Mereka menyapu abu bayat si gadis ke tangan masing-masing sebagai tanda kesedihan. Kemudian mereka saling berpelukan. Tanpa disedari, apabila mereka berpelukan antara satu sama lain, abu itu turut melekat pada bahagian di badan. Disebabkan itu, maka ada bahagian tertentu je yang berwarna hitam. Iaitu di bahagian telinga,tangan dan kaki. Begitu la kisah dongeng dari Tibet.

 Keluar dari ruang habitat panda, terus sahaja kami ke kedai cenderahati yang berada di luar pintu habitat panda tersebut... Apa lagi, kami pun membeli belah lah serba sedikit... Antara hasilnya:




Ada macam-macam lagi souvenir yang dibeli tapi yang ni je la dapat di snap photo kan dia...

Haaaa...tibalah masa untuk pulang..kami dah penat lenguh kaki berjalan dalam Zoo ni. Akhirnya kami bercadang untuk balik dengan menaiki train. Lagipun kesian kat mak. Dah tak larat sangat dia... So untuk naik train ni, kita sepatutnya beli tiket masa mula-mula masuk tadi. Disebabkan kami tak tahu, maka...uhuuuu agak-agaknya dapat tak kami naik? Atau saja je kami posing kat train tu? Atau pemandu tu kesian kat muka saya ni ha? .... Hihihi... Jawapannya adalah.... Kami beli lah tiket train kat situ juga. Seorang RM 3.00. Jadi...tak payah lah nak berjalan kaki lagi.. Kononnya nak berlagak hero...rupa-rupanya...


Dah sampai dah di Pintu Keluar...pepandai lah nak balik iye.. Bila lah lagi dapat datang.

Ok semua...in shaa allah berjumpa lagi di lembaran yang akan datang ye... Kepada sesapa yang belum lagi menjejakkan kaki ke Zoo Negara, segeralah berkunjung sekarang. Saya pasti anda sekeluarga akan seronok dan sangat tidak mengecewakan. Bagi ibubapa yang ada anak-anak tu, bawalah anak-anak ke sini. Biar anak kita kenal haiwan melalui pengajaran terus dari parents. Walaupun guru ada mengajar tentang haiwan di sekolah, tapi tak salah kan kalau kita habiskan quality time kita kat tempat ni? Tapi, kalau baby tu, tak payah lah lagi kot! Kesian dia..tak paham pun...
Eh...bukan ke saya dah buat ending tadi. Tetiba sambung pulak balik ye... Ok...yang ni betul-betul..jumpa lagi ye kawan-kawan...semoga kita sentiasa sihat dan diberkati Allah...


Comments

Popular posts from this blog

Buat tatapan ibubapa yg nak hantar anak ke sekolah cina

Catatan sebagai guru Ipad..... Saat pertama kali mengenal I-pad!

Ini bumi yang kupijak...lagu Wawasan MRSM Taiping yang masih menyengat!!!