Masak2 la pulak

Pagi td rasa mcm nak mkn asam pedas ikan pari... Jadi nye kat sini nak share la masakan saya ni. Walaupun ramai orang kt luar sana yang mmg pandai masak asam pedas ikan pari ni! Takpe lah kan... Anggap lah ni salah satu option utk masakan asam pedas... Harap2 nya sedap ler... Hihihi...
Bahan2 dia lebih kurang mcm gini ler...
       
      
Haaa... Dah tentulah ikan pari...saya x masak byk pon..sebab x ramai org dlm umah ni... Anak2 plak x makan pedas.
Lepas tu, cili kering dlm 15 tangkai. Boleh tambah kalau nk pedas lg. Kunyit hidup seinci, halia setengah inci, bawang merah 6 biji dan bawang putih 2 ulas. Tak lupa juga, sedikit belacan ye. Semua ni kasi blender halus.. Bagi yg takde cili kering, boleh je guna cili boh yg dah siap tu.. Saya pun slalu jugak guna. Ok je pun... Kemudian, daun kesum dan bunga kantan. Tapi kali ni tak letak bunga kantan sbb langsung takde jual kat pasar...abis stok agaknya.


Bahan tambah lain, saya letak bendi je. Kalau suka terung pon boleh letak. Tomato pon boleh.. Bendi ni bagi yang jarang masak guna bendi, dia berlendir sket. So, saya selalu ingat pesan mak, "basuh dulu, baru potong"... Kalo terbalik, siap lah...makanan kita jadi berlendir lah. Lepas tu boleh letak sikit lada hitam. Kalau dapat yg jenis biji, lagi sedap. Tapi, saya guna serbuk je..banyak gak la mengelat kali ni... Kalau masak asam pedas jenis ikan yang besar, sedap untuk tambah lada hitam. Contohnya ikan sembilang, mayong, plotan, pari... Tapi kalau ikan kecik, tak payah letak lada hitam. Macam kembung, tenggiri. 

Ok...jangan lupa yg paling penting...air asam jawa. Nama pun asam pedas kan.. Kali ni, saya guna asam jawa extra cap Adabi..memang senang. Tak payah bancuh air...letak je dlm 2 sudu kecil penuh, untuk air sebanyak 2 1/2 mug...asam pedas ni kene pekat. Baru kaw nk makan dgn nasik panas. Tapi, kalau nk cair sket, boleh je tambah air lagi.. Tahap kemasaman pun ikut pada tuan badan.. Ada org suka masam, ada yg kurang.. Selain itu, garam dan serbuk perisa(jika suka). 
 Tima kasih la kat Adabi, sebab memang sangat mudah guna ni... Kat umah, sentiasa ada stok asam jawa extra ni..hihi...
Ok..lupa plak nak bagitau cara dan kaedah masakan ni dilakukan...
Mula2, panaskan minyak dlm periuk. Jangan sikit sgt tau sbb nanti cili tak garing. Bila dah panas, terus masuk kan bahan yg diblender tadi. Kacau sampai cili benar2 garing dan masak. Jangan sampai hangus pulak. Kang pahit bila makan...
Bila da garing dan naik bau, masukkan ikan. Balik2 kan ikan supaya cili tu sebati kat badan dia. Lepas tu, uols tuangkn air ikut kepekatan yg disukai. Lebih pekat, lebih kaw...
Masukkan juga daun kesum dan lada hitam. Kacau supaya sebati.. Lepas tu, masukkan asam jawa dan kacau lagi sampai mendidih.
Seterusnya, masukkan bendi. Semakin lama, kuahnya mungkin akan jadi lebih pekat. So, kalau tengok macam pekat sangat, boleh je tambah air lagi. Bila tengok ikan dah masak, bendi pun dah lembut, boleh la tambahkan garam dan serbuk perisa. Lebih baik, garam ditambah pada ketika api dapur sudah dimatikan. Ini kerana, garam sodium chloride akan hilang khasiatnya bila dimasukkan time api menyala. Ok, sekarang dah siap...bolehlah dimakan dengan nasik panas... Kalau ada sayur sawi goreng..lagi terangkat!!!
                 
Jom makan... Bismilahirrahmanirahim... Boleh cuba ye...kalau sedap bagitahu...kalau x sedap pun, bagitahu...




Comments

  1. Wow..hebat berblog..nnt ade je yg refer blog ni kalo nk masak asam pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...tgk la sape cg komputer yg ajar tu...cg yg hebat

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buat tatapan ibubapa yg nak hantar anak ke sekolah cina

Catatan sebagai guru Ipad..... Saat pertama kali mengenal I-pad!

Ini bumi yang kupijak...lagu Wawasan MRSM Taiping yang masih menyengat!!!