Posts

Showing posts from October, 2014

Karipap pusing meletops!

Image
            Adoiyaiii...tengah duduk-duduk takde keje ni, tetiba teringat kuih karipap pusing yg mak saya selalu buat! Memang sodap lagi melatops!!! Tapi, tulah dia nya...padan muko den, masa mak saya selalu buat dan masih ingat resipinya, saya buat x kisah je... Sekarang ni, bila mak dah mula tak ingat, lupa..baru pulak teringin nak belajar. Nampaknya, terpaksa belajar kat internet je la... Saya baru cuba baca resipi kat blog azlina@terminal hijrah... Susah jugak tu... Ni pon gambar karipap yg dia buat. Cantik kan?  Nanti bila saya dah berjaya, saya bagitau ye... Hihi... Bye

Muzium Taiping...wow...

Image
Ni story yang berlaku 14 Oktober 2014 yang lalu... Hari Selasa ada perjumpaan Kelab Bahasa Jepun. Memandangkan jurulatih Kelab Baha Jepun, Nirmala Sensei, tidak dapat hadir kerana beliau ada mesyuarat, makanya kami decide nak pergi Muzium Taiping... Bila difikir-fikirkan, memang apa relevannya Kelab Bahasa Jepun dengan muzium kan? Haaa... Memang tak berapa nak relevan! Tapi, kita bagi lah jadikan semuanya relevan!!! Amacam? Boleh?  Pada petang yang hujan itu, saya pun bahagikan mereka kepada a few groups. Ada 4 orang dalam each group tu. Tugasannya mudah. Mereka mesti melukis plan muzium dengan meletakkan to the left or to the right dalam bahasa Jepun. Dah belajar dah pun... So, bas MRSM Taiping pun dah sedia menunggu, jom lah cepat! Jika cikgu-cikgu nak bawa students dengan berpakaian sekolah, maka tiada bayaran yang dikenakan. Cuma buat surat sikit dan boleh fax terus. Maksimum 5 orang guru juga percuma. Tapi, jika tanpa uniform sekolah, bayaran sebanyak RM2.00 dikenakan. Bagi orang

SPM 2014 dah dekat weiiii....

Salam semua... Blog ni kadang-kadang timbul. Kadang-kadang pulak, tenggelam iye?! Mintak mahap noooo.... Pejam celik pejam celik...dah nak mula SPM 2014 ni... Bila? Minggu depan je dah nak start nye weiii!!! 3 November 2014... Tengok muka budak-budak Form 5, kesiannnnn... Diorang takut, cikgu pun takut.  Entah la... Belajar sudah. Berusaha pun sudah. Bertawakal lah pelajar-pelajarku semua...  Sebagai guru, seluruh ilmu, tenaga dan doa telah kami berikan. Inilah masanya untuk kamu berjuang. Masa depan terletak di tangan kalian sendiri. Mungkin, masyarakat di luar sana tak nampak. Mereka hanya risaukan anak-anak mereka aje. Padahal, kami guru-guru ni pun perlu depa risaukan. Sebabnya, kami ada reputasi yang perlu kami jaga. Kami juga lah, yang kene jaga hati kami sendiri. Kerisauan kami yang menggunung sebab pagi-pagi tengok pelajar beratur di luar dewan, menanti Pengawas Peperiksaan panggil untuk masuk. Setiap tahun, itulah rutin kami.  Sehari dua sebelum exam paper kami, guru-guru sibu