Posts

Showing posts from February, 2022

Tahun 2020 - 2022: Norma baharu, perkara baharu dan pengalaman baharu.

Image
 Assalamualaikum semua, lama sangat kita tak bersiaran kan? Sebabnya saja la kita nak bagitau uols semua, kita sekarang semakin aktif di YouTube. Sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama lagi, kita dah mulakan account YouTube khas untuk pengajaran samada teknik penggunaan iPad mahupun untuk subjek Kimia Tingkatan 4 dan 5. Memang sangat mencabar lah rasanya kan taun 2020 ni. Tahun 2020 akan menjadi satu tahun yang penuh dengan kenangan terindah lah kita nak sebut. Sebab kita janganlah anggap tahun 2020 ini sebagai kenangan pahit kerana ia akan meninggalkan kesan negatif dalam diri kita. So, pada 2020 inilah kita diperkenalkan dengan wabak terbaru yang dipanggil Coronavirus atau Covid-19. Sebenarnya end of 2019 kan? Sebab tu ianya dinamakan Covid-19. Merebaknya ia dengan sangat pantas sehinggakan pada mulanya ia berada di Wuhan, China dan terus melebar ke banyak negara lagi. Dan akhirnya kita kat Malaysia pun mendapat tempiasnya. Alangkah besarnya kuasa Allah. Virus y