Jalan2 kat Pusat Sains Negara KL

Salam semua...hari ni saya nk cerita psl aktiviti keluarga saya time cuti sekolah yang lepas... Untuk cuti sekola kali ni, kami x berjalan ke mana. Lebih kepada dok melepak kat umah je... 
Cuti sekolah bulan 3 yg lepas, kakak saya ajak pegi berjalan di sekitar KL...so saya pun tercari2 tempat yg sesuai untuk anak2 yg sedang membesar... Nak ke Muzium Negara, dah pegi dah...jadi kami pun merancang untuk ke Pusat Sains Negara...
Memang menarik dan sangat berinfomatif tempat ni terutama utk anak2 kita.. Banyak ilmu sains, alam dan manusia dapat dipelajari di sini. Anak saya mmg suka kepada sains, mungkin mengikut mama dia kot. Jadi, dia sgt excited mencuba itu dan ini...
Ok, masa kitorang pegi tu, tiada bayaran masuk dikenakan. Cuma, jika kita nak menonton movie 3D tentang sains, barulah bayaran sebanyak RM6.00 dikenakan.. Makanya, kami pun bercadang untuk menonton..seronok jugak kn! Staf yang bertugas pun sgt friendly dan helpful. Keadaan tempat pun bersih dan selesa... Pendek kata, memang berbaloi-baloi lah... Kat sini, ada a few photos untuk saya share kn bersama uols...
      

Ok...ni kt entrance dia. Biasalah kan...sebelum masuk, kene pose dulu...123 pose...klik klik!
Yang bertudung hijau tu, mak saya. Dah berumur dah pun.67 tahun. Tapi, alhamdulillah, larat lagi lah berjalan ikut anak2... Yang sebelah mak tu (tudung grey) ialah kakak saya... Tu je la pun satu2 nya adik beradik yg ada..hihi..yang budak lelaki besar (Boboi), budak perempuan besar (Kak Long) dan budak perempuan kecik berbaju putih tu (Icha)...semua anak kakak saya. Budak lelaki bercermin mata (Min) dan budak perempuan baju oren (Nia) tu lah, anak2 saya... Mana saya eh??? Tukang ambik gambo!!!
Eh byk plak ceritanya kat depan entrance ni... Ok jom masuk Pusat Sains Negara sekarang...

       
                     Bakal angkasawan negara... Hihihi....Macamni lah rupanya dalam kokpit roket... Kecik je tempat dia..




Ok...ni plak dalam panggung wayang 3D tu... Best sangat... Movie dia kat atas bumbung. Time tu citer pasal galaxy... Memang real. Rasa mcm tengah dok kt galaxy la... Tapi Nia agak takut dengan sound effect n kegelapan... Dari mula sampai habis, dia peluk saya. Ada jugak terdengar anak org lain yang menangis. Mungkin baby kot...

Yang ni pulak menara tinjau dia... Boleh tengok seluruh KL dari sini... Lepas tu, kami turun dan terus pergi ke Taman Rama-rama... Tapi, hujan pulak. Jadi, staf di kaunter tu cakap, kalau lepas hujan rama-rama tak keluar. Jadinya, tak jadilah masuk ke Taman Rama2... Maybe next time la pulak...
So, kepada uols semua yg mungkin dah bosan bawak anak2 pegi shopping je ke...atau pegi waterpark je kan, saya rasa..Pusat Sains Negara adalah salah satu option yang baik untuk perkembangan minda dan pengalaman mereka...
In shaa allah, lepas ni saya cerita pasal tempat lain plak ye...bye!!!

Comments

Popular posts from this blog

Buat tatapan ibubapa yg nak hantar anak ke sekolah cina

Catatan sebagai guru Ipad..... Saat pertama kali mengenal I-pad!

Ini bumi yang kupijak...lagu Wawasan MRSM Taiping yang masih menyengat!!!