Posts

Showing posts from September, 2014

Memori lama mekar kembali...

Image
Cewahhh...tajuk entri kali ini memang tak tahan! Macam best je! Macam hebat je! Kannn... Ok sabar ye, ni nak cerita ni.. Kejadian berlaku semalam (18 September 2014) bersamaan dengan hari Khamis.. Macam suspen je kan? Yang sebenarnya, saya pergi gathering dengan kawan-kawan sekolah yang dah lama tak jumpa. Kami ni tamat sekolah tahun 1996. Maknanya sudah 18 tahun kami tinggalkan zaman persekolahan di Sekolah Menengah (Perempuan) Raja Zarina, Pelabuhan Klang. Tapi, bukanlah itu bermakna kami baru berjumpa semalam selepas 18 tahun ni. Ada yang sering berjumpa sebab rumah berdekatan antara satu sama lain. Ada juga yang berjumpa kerana urusan kerja. Ada tu yang berjumpa kerana hari raya. Cuma saat nak berjumpa bersama-sama, cukup korum...tu yang payah sikit. Contohnya saya. Saya ni dah tercampak di Taiping kerana tugas mendidik anak bangsa. Jadi, hanya waktu cuti persekolahan saja boleh berjumpa. Walaupun kami semua telah berusaha untuk berkumpul secukupnya, namun masih kurang seorang ahli

Jom pegi Zoo Negara

Image
Hari ni cuti Hari Malaysia... Rasa mcm kene keluar berjalan2 ni... Jadinya, kakak saya ajak pegi Zoo Negara... Selalunya pegi Zoo Taiping je kan, kali ni ke Zoo Negara plak. boleh tengok Giant Panda.  Dari pagi cakap nak pegi..tapi tak siap2 juga...last2 kami bergerak dalam pukul 1 lebih!  Sampai kat Zoo, adoiyai... sesak.banyak kete.jem... Tapi akhirnya dapat gak lah parking. Anak2 memang suka la pegi Zoo kan. Kami yg dewasa ni excited nk jumpa Giant Panda aje...  Ok..ni kat entrance nye..Selamat Datang ye!        Ok, kat atas ni adalah price listing untuk masuk ke Zoo Negara. Kadar bayaran biasa RM 30 untuk dewasa tu jika sekiranya kita tak nak masuk tengok Giant Panda. Tapi, kami sekeluarga memilih untuk melihat Giant Panda (RM 50-dewasa) sebab tak pernah tengok panda secara live.  Yang menariknya, ada pakej sekolah untuk pelajar bermula dari peringkat Pra-sekolah sehinggalah peringkat sekolah menengah. Jadi, kepada guru-guru yang bercadang nak educate the students about animals, th

Jalan2 kat Pusat Sains Negara KL

Image
Salam semua...hari ni saya nk cerita psl aktiviti keluarga saya time cuti sekolah yang lepas... Untuk cuti sekola kali ni, kami x berjalan ke mana. Lebih kepada dok melepak kat umah je...  Cuti sekolah bulan 3 yg lepas, kakak saya ajak pegi berjalan di sekitar KL...so saya pun tercari2 tempat yg sesuai untuk anak2 yg sedang membesar... Nak ke Muzium Negara, dah pegi dah...jadi kami pun merancang untuk ke Pusat Sains Negara... Memang menarik dan sangat berinfomatif tempat ni terutama utk anak2 kita.. Banyak ilmu sains, alam dan manusia dapat dipelajari di sini. Anak saya mmg suka kepada sains, mungkin mengikut mama dia kot. Jadi, dia sgt excited mencuba itu dan ini... Ok, masa kitorang pegi tu, tiada bayaran masuk dikenakan. Cuma, jika kita nak menonton movie 3D tentang sains, barulah bayaran sebanyak RM6.00 dikenakan.. Makanya, kami pun bercadang untuk menonton..seronok jugak kn! Staf yang bertugas pun sgt friendly dan helpful. Keadaan tempat pun bersih dan selesa... Pendek kata, meman