Memori lama mekar kembali...
Cewahhh...tajuk entri kali ini memang tak tahan! Macam best je! Macam hebat je! Kannn... Ok sabar ye, ni nak cerita ni.. Kejadian berlaku semalam (18 September 2014) bersamaan dengan hari Khamis.. Macam suspen je kan? Yang sebenarnya, saya pergi gathering dengan kawan-kawan sekolah yang dah lama tak jumpa. Kami ni tamat sekolah tahun 1996. Maknanya sudah 18 tahun kami tinggalkan zaman persekolahan di Sekolah Menengah (Perempuan) Raja Zarina, Pelabuhan Klang. Tapi, bukanlah itu bermakna kami baru berjumpa semalam selepas 18 tahun ni. Ada yang sering berjumpa sebab rumah berdekatan antara satu sama lain. Ada juga yang berjumpa kerana urusan kerja. Ada tu yang berjumpa kerana hari raya. Cuma saat nak berjumpa bersama-sama, cukup korum...tu yang payah sikit. Contohnya saya. Saya ni dah tercampak di Taiping kerana tugas mendidik anak bangsa. Jadi, hanya waktu cuti persekolahan saja boleh berjumpa. Walaupun kami semua telah berusaha untuk berkumpul secukupnya, namun masih kurang seorang ahli...