Kuih keria meletops!!!

Hari ni, saya terasa-rasa nak makan keria buatan sendiri. Selalunya memang beli je, tapi tak tahu nape lately ni, rajin pulak nak buat kuih-muih ni... Faktor usia kah? Hahaha...
Ok, saya beli 4 biji je keledek yg bersaiz sederhana. Cari keledek putih takde lah pulak. Yang ada keledek oren...pun boleh! Resipi keria saya ni, tak ada sukat-sukat... Sebab saya belajar dengan moksu saya, main agak-agak je...jadi saya tak berani nak bagi resipi kat sini. Cuma saya boleh bagi senarai bahan je la...
Bahan untuk keria:
1. Keledek (rebus sampai empuk,lembut)
2. Tepung gandum 
3. Garam
4. Sesudu besar marjerin

Cara-cara:
1. Lenyek keledek, tambahkan garam.
2. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit. 
3. Tambahkan marjerin. Gaulkan sehingga agak-agak kental dan boleh dibentuk.
4. Jangan terlalu banyak tepung, nanti keria kawan-kawan liat pulak.
5. Bentukkan keria. Jika tangan terlalu melekit, taburkan tepung ke tangan anda.
 Ini rupanya selepas dibentuk dan dilumur sikit dengan tepung. Abaikan size yang tak sama dan tak comel tu ye.. Hihihi..

Untuk sira gula:
(Ini untuk 12 biji keria)
1. 4 sudu besar gula
2. 3 sudu besar air
3. 1 sudu besar tepung gandum

Cara-cara:
1. Saya buat sikit-sikit sebab nak buat minum petang.
2. Masukkan air ke dalam kuali.
3. Tuangkan gula. Kacau sampai agak likat.
4. Masukkan keria yg telah digoreng dan disejukkan tadi. Gaul rata.
5. Agak-agak gula telah tersalut, tambahkan tepung gandum.
6. Terus menggaul hingga gula kering dan melekat sepenuhnya pada keria.

* sukatan gula- ratio gula kepada air adalah 2 sb gula nisbah kepada 1 sb air. Jadi terpulang kepada kawan-kawan nak buat banyak or sikit-sikit. 


Ni lah rupanya setelah siap disira dengan gula... Jemput makan ye kawan-kawan.

Comments

Popular posts from this blog

Buat tatapan ibubapa yg nak hantar anak ke sekolah cina

Catatan sebagai guru Ipad..... Saat pertama kali mengenal I-pad!

Ini bumi yang kupijak...lagu Wawasan MRSM Taiping yang masih menyengat!!!