Muzium Taiping...wow...

Ni story yang berlaku 14 Oktober 2014 yang lalu... Hari Selasa ada perjumpaan Kelab Bahasa Jepun. Memandangkan jurulatih Kelab Baha Jepun, Nirmala Sensei, tidak dapat hadir kerana beliau ada mesyuarat, makanya kami decide nak pergi Muzium Taiping...
Bila difikir-fikirkan, memang apa relevannya Kelab Bahasa Jepun dengan muzium kan? Haaa... Memang tak berapa nak relevan! Tapi, kita bagi lah jadikan semuanya relevan!!! Amacam? Boleh? 
Pada petang yang hujan itu, saya pun bahagikan mereka kepada a few groups. Ada 4 orang dalam each group tu. Tugasannya mudah. Mereka mesti melukis plan muzium dengan meletakkan to the left or to the right dalam bahasa Jepun. Dah belajar dah pun... So, bas MRSM Taiping pun dah sedia menunggu, jom lah cepat!
Jika cikgu-cikgu nak bawa students dengan berpakaian sekolah, maka tiada bayaran yang dikenakan. Cuma buat surat sikit dan boleh fax terus. Maksimum 5 orang guru juga percuma. Tapi, jika tanpa uniform sekolah, bayaran sebanyak RM2.00 dikenakan. Bagi orang luar, wajib tau berkunjung ke Muzium Taiping ni... Jom tinjau. Tengok apa yang ada...
 Masa ni, ada pameran Seni Manik. Jadi, di ruang legar muzium, banyak barangan kraftangan yang diperbuat dari manik, cantik-cantik dan halus buatannya.


Akhirnya, bergambarlah beramai-ramai sebelum naik bas semula pada jam 4.30 petang...









Comments

Popular posts from this blog

Buat tatapan ibubapa yg nak hantar anak ke sekolah cina

Catatan sebagai guru Ipad..... Saat pertama kali mengenal I-pad!

Ini bumi yang kupijak...lagu Wawasan MRSM Taiping yang masih menyengat!!!