Cuti sekolah vs kenduri kahwin Siri 1

Assalamualaikum semua... Selamat sejahtera...
Kalau baca je tajuk tu, confirm kawan-kawan semua tahu apa yang nak di story telling kan kat sini kali ni kan? Haaaa... Betul! Betul! Betul!...
Bila mula je cuti sekolah, maka bermula lah kenduri kahwin... Ada aje kenduri kahwin, maknanya cuti sekolah la tu!!! 
Eh...tak salah. Saya tak cakap salah pun buat kenduri kahwin, time cuti sekolah. Tak berdosa langsung! Tak kisah bila pun majlis perkahwinan anda nak buat, yang penting mestilah ada pengantin lelaki dan pengantin perempuan nya. Wali nya. Saksi nya. Mas kahwin nya. Waras akal fikirannya... Betul ke saya cakap ni? Betul la kot kan... 
Kenapa orang suka buat kenduri kahwin time cuti sekolah? Saya rasa semua orang ada jawapan yang sama dengan saya. Cuti sekolah ni kan panjang, senang nak kumpul sedara mara. Yang sedara mara pulak, senang nak bawa anak-anak sebab tak risau,anak letih. Bayangkan majlis dibuat pada bukan cuti sekolah. Kena pulak hari Ahad. Majlisnya di Kedah... Nak lari balik Kolumpo. Besok Isnin, anak nak pegi sekolah...kalau tak pergi, kesian pada sedara kita tu...bila dah pergi, kesian kat anak pulak! Jadi, rasional nya, buat lah time cuti sekolah.
Tapi, masalah problem nya, bila dah semua orang berkahwin time cuti sekolah, jem jugak jadual kita ni. Lepas pegi tengok Tipah kawin, nak ke rumah Milah pulak. Lepas tu, rumah Seman nak kene pergi jugak. Kalau tak pergi karang, merajuk pulak... Sampai rumah yang keempat, terduduk je la kat kerusi tu. Tak larat nak makan dah... Begitulah alkisah nya cuti sekolah vs kenduri kahwin ni.. Seronok bila pergi kenduri kahwin ni... Teringat saya 10 tahun yang lalu... cecewah... Throwback lah pulok!!! 
Ok lah... Kat sini ada a few kenduri kahwin sedara mara dan sahabat handai yang sempat saya pergi.. Ada jugak yang tak sempat saya pergi sebab agak jauh.. Mohon maaf ye... Kepada semua yang telah mendirikan rumahtangga bersama pasangan masing-masing, saya doakan agar kalian berbahagia sehingga ke akhir hayat. Dapat menjadi suami dan isteri yang taat setia dan beriman kepada Allah. Juga bakal dikurniakan zuriat yang sihat, bijak dan beramal soleh...Amin.


Yang ni Asyraf. Anak kepada sepupu saya Allahyarham Habibah. Isterinya- Mariah... Muda lagi dan sangat sepadan. 


Bersama ibu saya (tudung marroon) dan mak usu saya.. Kira pangkat nenek saudara lah ni. Nenek Asyraf (kakak kepada ibu saya) tidak dapat hadir atas sebab kesihatan.


Tak lupa jugak tau...nak memotretkan diri sendiri dengan pengantin. Tak kan jadi tukang ambik gambar je kan?! Bertudung hijau ialah cousin saya (ibu saudara Asyraf) dan bertudung kelabu (kakak ipar Asyraf)...

Hantaran balasan dari pihak perempuan. Colour theme: purple. Sweet sangat.


Antara tetamu yang hadir.. Ok lah... Ni 6 Disember punya cerita... Kita tunggu cuti sekolah vs kenduri kawen siri ke-2 pulak ye... Ok, bye....








Comments

Popular posts from this blog

Buat tatapan ibubapa yg nak hantar anak ke sekolah cina

Catatan sebagai guru Ipad..... Saat pertama kali mengenal I-pad!

Ini bumi yang kupijak...lagu Wawasan MRSM Taiping yang masih menyengat!!!