Ini bumi yang kupijak...lagu Wawasan MRSM Taiping yang masih menyengat!!!

Sebagai guru yang mengajar di MRSM Taiping, hari ni, saya nak ajak semua warga MRSM Taiping, untuk mengimbau kembali lagu Wawasan MRSM Taiping....
Pertama kali saya mendengar lagu ni, kira-kira 12 tahun yang lalu, saya dah jatuh cinta dengan lagu ni. Nak tau kenapa? Sebabnya...gegaran lagu ini membuatkan kita benar-benar merasakan betapa hebat dan cinta nya kita pada maktab ni. Bait kata nya, melodi nya...membuatkan kita rasa bahawa kita wajib menjaga nama baik maktab kita ni. Ke mana pun kita pergi, tatkala terdengar je lagu ni...ia seolah-olah akan meremangkan bulu roma. Walaupun kita tak kenal senior kita, tak kenal junior kita, lupa pada guru-guru yang telah lama kita tinggalkan, namun...saat kita dendangkan lagu WAWASAN MRSM TAIPING ini...kita semua seperti satu... satu family. Tak kenal, tiba-tiba jadi kenal.... sesaat itu, terus terkenangkan keindahan maktab kita...kawasan sekelilingnya.... Jadi apalagi...jom nyanyi!!!

LAGU WAWASAN MRSM TAIPING

Ini bumi yang kupijak,
Ini langit yang kujunjung,
Taiping bertuah, bersejarah,
Subur, indah dan menghijau.

Di sini lah gedung ilmu,
Generasi berwawasan,
Harapan masyarakat dan ummah,
Bakal pemimpin nusa bangsa.

Wawasan MRSM Taiping,
Suci, ideal dan realistik,
Memupuk kemuafakatan sejati,
Citarasa inovatif dan kreatif.

Lima jari digenggam dijulang,
Lima cabaran seiring harapan.
Bersama doa restu semua,
Kecemerlangan pasti abadi...

Tengok kan pada lirik nya saja, telah membuatkan betapa pelajar-pelajar dan guru-guru MRSM Taiping, tidak akan pernah alpa pada tanggungjawab kami... Diharapkan semua anak didik MRSM Taiping akan terus mencapai kecemerlangan abadi tu... Cemerlang di dunia dan di akhirat!
Nah...sikit gambar-gambar yang nak dikongsi di sini..


Haaa...ni pintu masuk ke MRSM Taiping lah...tapi, kini dah berubah wajah dah. Sekarang ada pintu gerbang lagi tau!


Ingat lagi tak bangunan kelabu tu? Dewan Sri Larut..tempat kita nyanyi lagu kat atas tadi time assembly! Sekarang dewan dah semakin canggih. Tak macam 12 tahun yang lalu ye.. Kalau rindu tu, meh ler datang buat lawatan sosial sikit...


Haaa...ni pulak Bukit Larut. Tempat rehat terhampir dengan MRSM Taiping. Selalu lah buat aktiviti ke Bukit Larut kan. Bagi students, memang diorang panjat sampai ke atas. Bagi cikgu macam saya ni ha..panjat jugak la tapi sampai ke KAKI Bukit Larut je lah..

OK lah...tadi sebenarnya nak ajak nyanyi-nyanyi je kan?!... tercerita lebih2 pulak... So, kepada sesapa sahaja yang pernah berada di sini, sedang berada di sini dan in shaa allah bakal ke sini, saya harap u enjoy your life here..cerita kan lah semua kisah manis dan kenangan terindah kalian kepada seluruh dunia dengan rasa bangga dan ceria. Tapi, jika terpalit sedikit kenangan pahit dan kisah perit anda ketika selama berada di sini, usahlah anda kecewa, jadikan ia sebagai pengalaman hidup yang harus anda tempuhi... sesungguhnya setiap kita yang hidup, pasti akan melalui detik getir sebelum kita berjaya menggapai pelangi. Kerana sebelum adanya pelangi, pasti akan turunnya hujan. Kita kebasahan ditimpa hujan, tapi kita tidak putus asa menanti tibanya si pelangi sambil disinari sang mentari... Dan ketika itu, pasti kita akan tersenyum dan berfikir sejenak...jika kita tidak mahu mengharungi hujan itu, adakah dapat kita melihat pelangi?
Renung-renungkanlah...fikir-fikirkanlah...





Comments

Popular posts from this blog

Buat tatapan ibubapa yg nak hantar anak ke sekolah cina

Catatan sebagai guru Ipad..... Saat pertama kali mengenal I-pad!