Posts

Steak mudah, jimat masa....

Image
Hai semua.... Memang lama tak sembang kat sini kan... BZ sesangat gitu...hihi. Ni nak cerita, semalam teringin nak buat beef steak. Nak buat gaya Masterchef Australia tu, gamaknya macam tak berapa nak berjaya. So, saya pon buat lah versi sendiri. Yang penting, saya nak dapatkn texture daging tu medium rare. (Medium rare - kawasan tengah berwarna pink, tapi kelilingnya brown) Hah...ala la la la la boom.... Ok, cakap banyak pon wat bazir air liur je, ni nak bagi resipi. Semalam family makan, diorg cakap sedap.. Kembang bermangkuk2 kita. Saya harap sesape yang nak try pon, berjaya gak la. Uol boleh je nak ubah ikot suka kat mana2 eh... Tapi honestly, saya tak pandai sangat masak tau. Ni cer cuba je. Kalau salah, tolong betol kan ye? Bahan2: Bahagian A (utk daging) 1. daging batang pinang (potong bulat tebal lebih kurang 1-2 inch) 2. Dry mix herb (saya guna cap McCormick) 3. Serbuk lada hitam 4. Garam 5. Butter Bahagian B (utk sos) 1. Butter 2. Susu fresh milk (semalam saya pakai susu cair...

Port Dickson

Image
Assalamualaikum semua.... Sabtu lepas, kami sekeluarga pergi ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Kami menyewa sebuah apartment dua bilik iaitu di Glory Beach Resort... Kat sini, semua ada. Swimming pool kanak-kanak, dewasa, playground... Ok la. Bilik pun selesa. Anak-anak main air sampai tak ingat nak makan, tidur... Tapi kami tak pergi mandi laut. Hanya mandi di kolam resort aje.... Kepada sesiapa yang datang dengan keluarga besar, saya mencadangkan tempat ini. Ada apartment 3 bilik dan 2 bilik... Enjoy your day.... Sekian, wassalam...

Ke arah pendidikan 21st century ...

Image
Salam semua... Rasanya macam dah lama tak update pasal iPad... Baru-baru ni saya telah menghadiri suatu kursus pemantapan pedagogi... Dalam kursus tersebut, ada dua slot dari penceramah yang berbeza, talking about education system towards 21st century ni...  Bila fikirkan betul-betul, tinggi cabaran sebagai guru ke arah globalisasi ni tau... Semua orang dalam bidang pendidikan will talk about PISA (Program for International Student Assessment). Ranking negara kita yang sangat tidak memberangsangkan.  http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/ Semua ni gara-gara sikap masyarakat kita yang malas berfikir. Sistem pendidikan yang dikatakan spoon feeding. Anak-anak kita pun semakin jarang mengambil tahu isu-isu semasa, kecuali isu semasa melibatkan artis/movie kegemaran mereka, yang itu pasti cepat sahaja mereka ada info. Oleh itu, pihak kerajaan sekarang ni memperkenalkan program PT3, soalan KBAT dan sebagainya. Terdapat pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan ke ...

Jom jalan-jalan Penang

Image
Penang- kampung suami saya, Zakri. Dia ni orang Sg. Dua. Dulu kerja kat area Bayan Lepas. So, banyak la tempat kat Penang tu yang kami selalu pergi. Tapi, still banyak lagi tempat-tempat menarik yang kami belum berkesempatan untuk pergi..  Di sini, saya share sikit, a few places we went sebagai rujukan kawan-kawan yang rasa-rasa nak pergi Penang, and tercari-cari mana tempat nak tuju. Jom... Ni Masjid Terapung, Tanjung Bungah. Kat area Batu Feringgi juga... Jangan lupa menunaikan solat ye... Batu Feringgi... Bawa anak-anak mandi laut sekali sekala, apa salahnya kan? The Ridge- Teja by the Sea, Batu Kawan.. Ada restoren di area ni, tapi saya pergi masa tu sebab student kahwin. Pemandangan dia menarik, cuma jauh ke dalam la nak sampai tu... Bukit bendera... Sejuk time kami pergi tu. Pengunjung perlu menaiki cable car untuk sampai ke atas. Tadaaaa... Dah sampai atas dah... Hihi Ni pulak Muzium 3D... Masa kami pergi dulu tak banyak sangat lukisan 3D..tapi baru-baru ni kami lalu di depa...

Birthday celebration for my lil' honey bunny

Image
Let's sing together.... Ok...hari ni 4 may 2015... Pada tarikh yg sama juga saya melahirkan Nia Nur Iman binti Mohamad Zakri pada tahun 2011... Permata hati saya yang kedua, ni bermakna Nia dah turns 4 years old... Arghhh...cepat betul masa berlalu. Birthday kali ni, kami buat awal sehari sebab hari ni, saya terpaksa berada di Kinrara untuk berkursus. Semalam, we went to Taiping Mall, beli satu slice of brownies kat Secret Recipe dan bawa makan di Kenney Rogers. Tahun ni, mama tak belikan adik kek besar. Sebab every years beli kek besar, makan tak habis. Last2 keras je dalam fridge tu... Di zaman GST ni, toksah lah bazir2 sangat. Kene belajar berjimat lah.... Jom intai2 gambar semalam... Sebelum keluar rumah, wajib posing dulu... The birthday girl- NIA NUR IMAN    Abang Min dan Adik Nia... Bukan main lagi kan? Tak sempat blow the candle, dah makan mac&cheese dia tu...lapar ke dik? MamaNia...yeay... HAPPY BIRTHDAY ADIK... Cewah2...ready nak potong dah kek tu...jangan...

ENGLISH program in MRSM Taiping

Image
Ni cerita seminggu lepas. Tapi hari ni baru sempat nak share... English Unit MRSM Taiping ada menganjurkan suatu program yang dinamakan UNGA... Program ni membawa kita ke beberapa negara, mengenal adat resam dan cara hidup masyarakat di negara tersebut. Pelajar memang sangat berbakat dan sangat berusaha keras. Mereka mencari semua info supaya mereka berjaya merealisasikan program tersebut... Secara tak sengaja, saya telah pun menjelajah 16 buah negara tanpa perlu mengeluarkan belanja...hahaha... Jom kita tengok sikit mana negara yang saya lawati tu...jom... Ok sebenarnya ada banyak lagi photo dan video yang saya nak share. Tapi tak sempat. In shaa allah nanti kita buat siri 2 ye...  Enjoy!!! Bye

Kau inspirasiku...

Image
Hallo everyone.... Malam-malam nak tidur ni, rasa macam nak tulis something lah..  Dalam dua tiga hari ni, saya mendapat tahu bahawa saya telah menjadi sumber inspirasi buat orang lain... Wahhh macam hebat je bunyi nya kan? Sebenarnya saya pun terkejut! Saya sendiri tertanya-tanya... Dah takde orang lain ke diorg ni? Apa yang ada kat saya ni untuk dijadikan sumber inspirasi mereka ni? Malu pun ada, heran pun ada, terharu pun ada... Bangga kembang idung pon ada gak la sebenarnya hihihi... Tak sangka sungguh saya, sedikit usaha, sedikit bantuan yang saya hulurkan, rupanya telah memberi sedikit manfaat kepada orang lain. Alhamdulillah... I've never thought that, one day ada orang cakap, saya telah menjadi sumber inspirasi atau idola mereka...sebab bagi saya, apa yang saya buat adalah reaksi spontan, ikhlas dan hanya mengikut gerak hati saya saja... Tapi, jika sekiranya apa yang saya buat, telah dapat memberi harapan dan kejayaan buat orang lain, itu adalah sesuatu yang amat membanggak...