Guru vs Pelajar

Pernah tak awak semua terfikir, guru dan pelajar can always be friends? Dulu-dulu saya selalu ingat, habis sekolah, dah lah.. That's it... Tapi hakikatnya, sampai ke hari ini, ada guru2 saya yang sangat saya rindui...cuma masa yang membuatkan kami tidak bertemu... Saya masih contact ustazah saya masa zaman SRK Tengku Bendahara Azman 1- Ustazah Norafsah. Last sekali, saya berjumpa beliau, ketika majlis perkahwinan anak sulungnya lebih kurang 3 tahun lepas... Mengenangkan beliau,saya terlihat pada diri sendiri sekarang. Rupanya hubungan guru-student tak kan pernah padam selagi kita mahu sentiasa saling ingat mengingati dan hormat-menghormati.... Jika dulu, saya sebagai student- menziarah guru saya pada hari raya, tapi kini, student saya pula yang datang menziarah... Betapa hebat anugerah Allah ini...cukup sekadar sepotong doa, guru2 sudah boleh tidur lena... Terima kasih semua... Kat sini saya share sikit gambar-gambar saat bekas pelajar MRSM Taiping batch SPM 2007 kelas 509 berjumpa dengan saya dia 3 lokasi berbeza... Alhamdulillah, mereka semua telah berjaya dalam pelajaran dan ada yang telah bekerjaya... 

Ini di Ben's KLCC... Baju biru amirul fitra @manja nama glemernya. Dia lah belanja cikgu Julia ni... Almaklumlah...dah jadi engineer Petronas.. Tq Manja. Aiman berbaju coklat- baru grad dari Mesir dalam bidang kedoktoran. 


Cikgu rasa, muka cikgu macam sama je, tak berubah...(budget muda lah konon)..

Ini 8 Januari 2015 punya cerita... Perjumpaan di KLCC, Kuala Lumpur... Yang ni pulak, 20 Januari 2015 punya cerita, berlaku di MRSM Taiping...

Cuba cari di mana Cikgu Julia... Cikgu kat mana? Cikgu kat mana? Ok jom berkenalan dengan diorang ni pulak... Depan sekali ni, Aiman la...orang yang sama saya jumpa di KLCC hari tu. Baju petak biru- Suhail, belum habis belajar lagi. Tengah final year. Belakang Suhail, baju hitam-kelabu, Bunyamin. Satu uni di Mesir dengan Aiman buat course yang sama jugak- medic. Belakangnya, t-shirt biru; Bukhari.. Baru habis master in chemistry...yeayyyy ada juga student yang mengikut jejak langkah saya...cuma cikgu nya berhenti takat degree je... Sedih!!! Belakang Bukhari, berbaju putih juga bakal Doktor lulusan Mesir juga. Shauqi namanya. Dia ni kelas 513. Saya tak mengajar. Cikgu Hawa yang ajar... Last sekali yang terlebih vitamin tu, baju petak merah tu, engineer dah bekerjaya- Arif... Seronok la mereka datang, memekak-mekak buat selamba... Cikgu dah jadi kawan mereka la...

Habis rotan ku pon masuk camera... Budak-budak 509...



Cuba teka lokasi ketiga ni kat mana??? Tak habis kat sekolah tadi, sambung pula di rumah cikgu... Saya jemput diorg makan di rumah. Menu nya mi hailam... Rupanya diorang datang bawak Domino's Pizza... Punya lah kenyang...
Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati semua kami. Semoga hubungan kekeluargaan ini kekal abadi...
 In shaa allah







Comments

Popular posts from this blog

Buat tatapan ibubapa yg nak hantar anak ke sekolah cina

Catatan sebagai guru Ipad..... Saat pertama kali mengenal I-pad!

Ini bumi yang kupijak...lagu Wawasan MRSM Taiping yang masih menyengat!!!