SaHaBaT SeJaTi... Jangan dipersiakan!

Assalamualaikum semua....hari ni saya nak cerita tentang dua orang sahabat saya ni. Rindu pulak kat diorg. Sambil belek-belek gambar-gambar lama dan ternampak satu gambar ni. Teruslah terasa nak tulis entree ni..

Beli barang dapur kat Tesco Taiping.
   
Ini lah bff saya selama bekerja di MRSM Taiping ni... Tudung mustard colour tu- Nurul, mengajar English. Lama sangat tinggal di UK, balik Malaysia, blur kejap minah ni...hihi sorry beb! Yang tudung cream ni Lilie, cikgu Biology. Ingat tak saya penah tunjuk gambar terkini dia di entri saya yang terdahulu? Dia sekarang dah pindah ke Kolej MARA Seremban(KMS), sebab mengikut husband dia yang bekerja di Port Dickson.
Pada ketika gambar ini diambil, Nurul sahaja yang masih bujang. Kedua-dua kami sudah berkahwin dan kedua-duanya ialah PJJ- perkahwinan jarak jauh, sebab suami masing-masing berada di luar Perak. Weekend sahaja suami masing-masing balik...
Banyak aktiviti kami buat bersama...shopping, makan, jalan2, gosip2, spa, facial, picnic, tempah baju,  klinik dan lain-lain...sampaikan whatever yang seorang ni ada, lagi dua orang mesti beli jugak...  Alasannya, if rosak, sesama rosak hahaha.... Really miss this moment.
Sampai sekarang, since Lilie moved to KMS, tinggallah saya dan Nurul. Tapi sekarang masing-masing sibuk dan saya dengan dua anak yang nak diuruskan, makanya, kami jarang spend time together dah....
This few pictures, will show you, how close we are and until now, still close...forever!

      

Gambar ni saya tengah menangis iaitu masa Majlis Perpisahan Lilie nak pindah... Memang real lah nangis time tu!
Ada lagi ye gambar-gambar we all...jangan bosan pulak!







Anak saya muhaimeen berbaju biru bersama anak Lilie- zaiem....

Memori bersama sahabat karib memang tak boleh kita lupakan... Kadang-kadang bertengkar juga, tapi akhirnya baik semula... So, never stop loving our friends... Nurul, Lilie...Julia sayang kamu!





   







Comments

  1. Indeed, those were the sweetest moment of my life. Comeynya muka Min ms kecik2 dulu.Yes, we shared our ups and downs. Thank you Julia and Nurul...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buat tatapan ibubapa yg nak hantar anak ke sekolah cina

Catatan sebagai guru Ipad..... Saat pertama kali mengenal I-pad!

Ini bumi yang kupijak...lagu Wawasan MRSM Taiping yang masih menyengat!!!