Kisah banjir paling tragis Disember 2014
Disember 2014... Sedih mengenangkan nasib saudara kita di beberapa negeri yang dilanda banjir besar... Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak yang dilanda teruk dan beberapa kawasan lain lagi yang tidak saya nyatakan di sini.
Kanak-kanak kesejukan, kelaparan...bukan kanak-kanak sahaja orang dewasa tua muda.... Tatkala saya menulis blog ini, sambil minum dan makan, ada kawan-kawan kita di luar sana yang mungkin terpaksa minum air banjir kerana tiada bekalan air bersih lagi... Sudah kering air mata saya mengalir namun, hanya dapat membantu dari segi kiriman barangan keperluan sahaja. Selebihnya, saya berserah dan berdoa kepada Allah SWT agar diberi perlindungan dan keselamatan buat mereka... Setiap hari mereka dalam ketakutan. Memikirkan apa lagi musibah yang bakal mendatang... Sesungguhnya, sebagai umat Islam kita wajib percaya kepada qada' dan qadar.. Perlu redha di atas segala musibah yang diturunkan. Namun begitu, mesti ada yang marah bila saya cakap redha.... Mesti ada yang menempelak "Kau tak kena, bolehlah cakap redha"... Maafkan saya jika kata-kata saya mengguris hati semua...saya bercakap macam ni dengan niat nak ingatkan diri sendiri juga. Betapa Allah Maha Berkuasa sehinggakan tiada satu pun dapat menghalangNya.
Walau bagaimanapun, saya tetap bersimpati dan turut bersedih ke atas mangsa dan keluarga yang terlibat dalam bencana ni. Di sini ada beberapa gambar yang saya petik dari beberapa laman web yang ingin saya kongsikan. Terima kasih kepada perakam gambar-gambar ni.
Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Cikgu Aziz- wakil Pengakap Daerah Larut, Matang dan Selama yang telah berusaha mengumpulkan barangan keperluan untuk mangsa banjir di Kuala Kangsar, Perak. Saya dan rakan-rakan sempat membeli serba sedikit barang keperluan seperti diapers, susu bayi, milo dan tuala wanita. Namun, sedikit saja bantuan yang dapat kami berikan berbanding bilangan mangsa yang ramai. Kita doakan agar bencana banjir ini segera tamat dan semua mangsa dapat diselamatkan...
Pusat Pengumpulan Barangan Keperluan di Sek. Keb. King Edward (I), Taiping, Perak. Sumbangan dari pelbagai pihak sekitar Taiping. Alhamdulillah, ramai orang Taiping yang prihatin.
Terima kasih kepada pihak berwajib yang bergadai nyawa demi keselamatan orang lain. Polis, Bomba, Tentera, Doktor dan semua sukarelawan yang membantu. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.
Comments
Post a Comment