Catatan sebagai guru Ipad..... Saat pertama kali mengenal I-pad!
2014.... MRSM Taiping terpilih sebagai salah satu MRSM yang akan menggunakan Ipad dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain dari MRSM Kota Kinabalu dan MRSM Alor Gajah. Mula-mula tu memang harap sangat bukan saya lah yang terpilih. Sebabnya, memang tak reti langsung. Pegang Ipad pon tak pernah...
Keluar listing guru yang terlibat, saya tak tengok pun sebab sibuk dengan kelas time tu. Tapi, through WhatsApp, semua ucapkan tahniah dengan ayat.."tahniah I-Champion julia"... Saya yang memang tak faham ni, memang tak layan pun WhatsApp tu... Tapi, bila dua tiga orang bagi ucapan begitu, baru lah saya tanya, kenapa... So Ketua Jabatan saya, Cikgu Hamid cakap- "sila tengok notice board eh?"
Apalagi, lepas je kelas habis saya terus terkam notice board tu. Haaaa macam nak terkeluar biji mataku bila terbaca senarai Guru Ipad. Rupanya saya terlibat. Dan paling mengejutkan saya tersenarai sebagai I-Champion... Termenung kejap! Terfikir-fikir apa yang I-Champion ni kene buat? Apa yang saya pandai sangat ni? Sedangkan Ipad, seumur hidupku, tak pernah ada Ipad. Pegang pun tak pernah! Tapi, alhamdulillah, bukan saya seorang. Ada lagi beberapa orang guru lain. Dalam hati berkata-kata: "Minta-minta lah diorang ni pun lebih kurang macam aku jugak!" Bunyinya macam jahat kan? Tapi sebenarnya, takut! Suspen! Cuak! Mual! Semua lah....
Kini tibalah masanya... Ipad diedarkan kepada semua guru-guru. Rasa menggigil tangan masa nak ambil kotak tu. Bukan apa, takut rosak, takut hilang, takut pecah, macam-macam perasaan lah... Bila teringat balik, rasa kelakar pulak!
Setelah dilantik, maka seharusnya kita menjalankanlah tugas dan tanggungjawab kita tu... Yang bestnya, saya berpeluang menghadiri kursus, bengkel dan kelas untuk belajar Ipad. Mula-mula memang seram sangat. Tapi, lama-kelamaan, mula lah rasa syok jugak Ipad ni.
Ni kursus kali pertama di Bangunan MARA bersama cikgu Zila (tudung purple).. Tiba-tiba terserempak pulak dengan geng lama dari MRSM Taiping yang sekarang dah berpindah ke Kolej MARA Seremban- Lilie... Apelagi...posing lah lagi.
Ni sesi berkursus. Pertama sekali mesti lah kene belajar cara-cara nak connect I-pad ke lcd, Apple TV, airport express dan wayar-wayarnya...
Lepas tu, mesti kene sambung ke speaker... Nanti buka video, jadi video bisu pula...hihihi..
Hah... Ni lah Puan Wan Noraini... Sifu kami setiap kali belajar I-pad. Beliau ni dulu cikgu Fizik di sekolah berasrama penuh. Tapi, disebabkan minat yang mendalam, terus beliau join Apple. Best la belajar dengan beliau. Saya panggil dia Cikgu Wan. Rupanya, asal usulnya, Cikgu Wan ni orang Taiping. Kalau tengok cara Cikgu Wan ni mengajar, memang best sebab dia bersungguh-sungguh sangat. Jadi, kami pun kena lah bersungguh macam sifu kami ni juga.
Ada lagi beberapa siri kursus I-pad yang kami hadiri. In shaa allah, dilain masa saya update ye. Nak dikatakan saya ni pandai sangat...memang jauh panggang dari api. Terlalu jauh. Tapi, alhamdulillah, sedikit demi sedikit, banyak juga ilmu yang dipelajari telah pun saya praktik kan. Tak sia-sia kita menimba ilmu, walaupun mungkin kita kurang cerdik dari segi IT ni, tapi jika kita berusaha, in shaa allah...pasti ada jalannya...
Ok la sampai sini dulu untuk catatan kursus kali ini...bye!!!
serabut tengok wayar yang berserabut...bagus blog ni
ReplyDeleteMmg agak serabut... Tp kene blajar lg bersungguh2 zaman... Thanx...
DeleteWhy I dunno your blog juju??? Why??
ReplyDeleteMalu nk bgtau...suka2 je ni... Kalo suka, blh la follow...
DeleteEhehe, malu pula saya; tumpang bergamba dgn most dedicated teacher of MRSM Taiping. Keep up the good work,my friend! Inspire n spark the fire!!
ReplyDeleteStudent kena.beli I pad...menyusahkn mk bapak. Yg x mampu
ReplyDeletealhamdulillah, setakat ni ramai pljr yg ada ipad sendiri. pihak sekolah ada juga meminjamkn kpd yg tiada. mohon doakn yg terbaik saja. tq
ReplyDelete