Kelahiran secara pembedahan? Sakit atau tidak?
Hai semua, salam sayang dari saya... Hari ni punya cerita, ada lain sikit. Saja saya nak share cerita saya melahirkan anak ketiga baru-baru ni. Ada detik cemas, sedih, gembira bercampur baur dalam intro kali ini. Jika bersedia, boleh baca. Jika tidak, KIV je dulu, OK?
15 April 2016 = hari Jumaat, 8.15 pagi bertempat di Columbia Asia Hospital, Taiping.... Saya diusung melalui lampu2 hospital menuju dewan pembedahan!
Takut tak? Seram tak? Gile la kalau cakap tak takut. Walaupon ini adalah kali ke tiga melahirkan anak secara pembedahan perut, C-sec. Orang yg tak pernah merasainya, mungkin akan cakap...rugi la ko, tak merasa melahirkan secara semula jadi. Ada jugak yg mungkin cakap- aik, baby kecik pon, operate jugak? Tak try normal ke? Tak kurang juga yg cakap- eii takut lah operate. Kalau boleh tak nak lah.... Dan mungkin macam2 lagi cakap2 orang yang mungkin ada yang positif, tak kurang juga yang negatif. Tapi, nak buat macamana, dah memang kita ni tak boleh melahirkan anak secara normal, atas sebab2 tertentu, nak buat macamana. Sampai masa, baby mesti dikeluarkan. Betul tak?
OK get back to the story eh.... Semasa diusung tu, Allah je yang tau apa yang ada dalam kepala saya ni... Takut, seram, sedih, nak pengsan, aish...macam2 lah... Selepas menjawab beberapa soalan dari nurse yang bertugas, suami pun dah ready dengan uniform pembedahan (macam doktor plak sekali tengok...) hihihi.... Makanya, saya diusung ke bilik menunggu. Kat sini, saya berkenalan dengan Dr.Anand iaitu pakar bius. Mula-mula, cucuk di tangan saya untuk masuk ubat dan air yang gantung2 tu...fuhhh nasib baik tak sakit.... Belum bius lagi ye...ni baru proses berkenalan dengan pakar bius yang saya tak pernah kenal before this.
Kemudian, berjumpa dengan doktor yang akan operate saya iaitu Dr.Khairul, pakar O&G membuatkan saya bertambah ngeri. Padahal tiap2 bulan pun memang jumpa dia...masa bersalinkan Nia 5 tahun yang lalu pun, jumpa dia jugak..tapi hari ni, rasa lain macam plak. Rasa lemah kaki, lemah lutut, dag dig dug. Semua ada. Tapi, untuk bakal ibu di luar sana, jangan takut pulak lepas baca ni. Tak ada apa pun. Ni cuma perasaan saya aje.
Lepas lebih kurang 15 minit berada di bilik menunggu, saya telah ready untuk diusung ke operation theater. Saya berpindah dari katil usungan ke katil pembedahan. Katil ke? Macam pelantar logam kot! Hahahaha...memang sejuk OK. Menggigil-gigil.
Waktu inilah, impian menjadi nyata...eh eh... Dr. Anand datang, dibantu oleh seorang nurse, saya sedia untuk dibius. Jarum bius dicucuk di bahagian belakang badan. Area tulang belakang tu. Terima kasih sangat kepada nurse yang bertugas tu, sebab dia betul-betul bagi instruction untuk longgarkan badan supaya saya tidak rasa sakit sewaktu dibius. Masa Nia dulu pun, saya tidak rasa sakit waktu dibius. Alhamdulillah sangat. Jadi, kepada ibu-ibu yang akan dioperate untuk bersalin, waktu uols membongkokkan badan sambil memeluk bantal tu, make sure bahu uols dijatuhkan betul-betul. Longgarkan seluruh anggota badan dari bahu ke pinggang. Jatuhkan bahu macam anda lemah longlai. Berdoalah banyak-banyak. Insya Allah, memang uols tak rasa sakit. Ok, bius kali ni,memang kuat sebab, lepas je inject, nurse cepat-cepat baringkan saya. Elok saja, kaki saya diluruskan, terus saya dah kebas. Berbanding lima tahun lalu, lebih kurang 5 minit jugak baru nak rasa kebasnya. Kemudian, Dr. Khairul pun datang, dan memberitahu dia nak mula operation. Tapi dia akan cuci perut dulu dengan antiseptik. Saya ada terbau seperti terbakar. Saya tahu lah, dia dah start laser perut saya. Suami saya, kekal menemani. Sejak dari Nia lagi, dia memang masuk untuk temankan saya. Cuma masa Muhaimeen saja tidak berpeluang, sebab saya terpaksa dibedah secara emergency. Sebab anak dah mula lemah dan tiada laluan yang terbuka. Jadi, pada waktu itu, suami tidak dibenarkan masuk. Dan waktu itu, saya dipengsankan.
Ok, sambil Dr. Khairul menjalankan tugasnya, saya berbual-bual dengan suami. Tapi, mata terasa mengantuk juga. Selepas 19 minit, iaitu jam 9.19 pagi, selamatlah sudah proses mengeluarkan putera saya. Terdengar laungan lembut azan dari Dr. Khairul. Saya pun tiba-tiba mengalirkan air mata. My happy tears, of course. I guess, semua ibu pun sama saja. Baby boy saya dibawa ke tempat pembersihan di tepi katil. Setelah diselimutkan, nurse bawa baby saya untuk diperkenalkan. Tag dan nombor tag ditunjukkan.
Suami saya? Emmm time ni dia dah minta nurse keluarkan dia sebab dia dah start rasa mual dengan bau darah. So, masa proses jahitan untuk mencantumkan perut tu, dia dah keluar la... Saya? Relax je. Maklumlah, tak sakit. I mean, belum sakit lagi.. Begitu lah, ceritanya.
So kepada para ibu di luar sana, jangan risau. Sebenarnya tak ada apa pun. OK je. Tapi, biasalah, nak bersalin. Memang ler takut. Ye tak? Jika suami anda tidak mampu menemani, jangan rasa berkecil hati. Saya sendiri bertanya kepada suami, kenapa dia keluar awal? Dia menjawab, bau darah tu membuatkan dia rasa mual, pening dan hampir pengsan. Jadi, jika suami anda tidak mampu menemani, mungkin inilah sebabnya. Mungkin dia tak mahu anda risau tentang dia. Sebab, what matters? It's you...
I'm signing off now...till we meet again dalam cerita yang lain pulak. Ada ke orang nak baca? Eh?
Sekian, assalamualaikum.
Love you all... Julia
Assalamualaikum
ReplyDeleteBlh sy taw brapa kos utk bersalin di hospital columbia taiping tu ye?
Tgh survey2 price....
Assalamualaikum
ReplyDeleteBlh sy taw brapa kos utk bersalin di hospital columbia taiping tu ye?
Tgh survey2 price....
Wsalam... utk kos operation rm7000+, bukan emergency operation ye. Jika emergency mungkin lbh skit. Utk kos baby pulak, rm1000. Selama 3d2n. Tahniah kerana bakal menimang cahayamata.
ReplyDeleteItu czer if normal berapa? Servey hrga utk isteri
ReplyDeleteHai.. jika normal utk kos pd 2016 mmg less than RM7000.. tp utk 2020, i tak sure. Sorry ye..
Delete