Jom pegi Zoo Negara
Hari ni cuti Hari Malaysia... Rasa mcm kene keluar berjalan2 ni... Jadinya, kakak saya ajak pegi Zoo Negara... Selalunya pegi Zoo Taiping je kan, kali ni ke Zoo Negara plak. boleh tengok Giant Panda. Dari pagi cakap nak pegi..tapi tak siap2 juga...last2 kami bergerak dalam pukul 1 lebih! Sampai kat Zoo, adoiyai... sesak.banyak kete.jem... Tapi akhirnya dapat gak lah parking. Anak2 memang suka la pegi Zoo kan. Kami yg dewasa ni excited nk jumpa Giant Panda aje... Ok..ni kat entrance nye..Selamat Datang ye! Ok, kat atas ni adalah price listing untuk masuk ke Zoo Negara. Kadar bayaran biasa RM 30 untuk dewasa tu jika sekiranya kita tak nak masuk tengok Giant Panda. Tapi, kami sekeluarga memilih untuk melihat Giant Panda (RM 50-dewasa) sebab tak pernah tengok panda secara live. Yang menariknya, ada pakej sekolah untuk pelajar bermula dari peringkat Pra-sekolah sehinggalah peringkat sekolah menengah. Jadi, kepada guru-guru yang bercadang nak...