Buat tatapan ibubapa yg nak hantar anak ke sekolah cina
Assalamualaikum smuanya...
Lama tak bersiaran kan? Ok hari ni kita nk share pengalaman kita yg ada anak bersekolah di SJKC. Dulu masa saya decide nak hantar anak pergi tadika cina, ada orang sekeliling bertanya... macamana nak makan nanti? Belajar mengaji tak? Ada kawan-kawan melayu tak? Itu antara soalan normal yang orang tanya la. Tapi kita ada dah jawapan untuk semua soalan tu sebab kita dah survey sebelum buat decision. Ok ni sikit sharing buat ibubapa yang mungkin terpikir-pikir nak pilih sekolah kebangsaan atau sekolah aliran cina.
Pertama sekali, kita mesti ada tujuan kenapa kita nak hantar anak ke sekolah aliran cina. Ramai ibubapa melayu mengambil keputusan untuk mendaftar anak ke SJKC kerana mahu anak nya mempelajari bahasa Mandarin. Mereka cakap, yang penting anaknya boleh berkomunikasi dalam bahasa cina cukup lah. Tapi bg saya, saya mahu anak saya menguasai bahasa Mandarin. Ibubapa kene faham beza antara tahu bahasa Mandarin dan menguasai bahasa Mandarin. Jika ibubapa hanya mahu anaknya tahu, maka jika dihantar anak seawal 4 tahun sehingga anak itu berumur 8/9 tahun, mereka memang tahu berkomunikasi sebab ramai kawan-kawan cina berada di sekeliling dia. Tapi jika kita beritahu anak yang kita mahu dia menguasai bahasa Mandarin, in shaa allah dia akan boleh berkomunikasi malah boleh membaca, menulis dan menjawab soalan dalam bahasa itu.
Seterusnya pastikan homework anak dipantau. Jangan sekali-kali kita membantu untuk menyiapkan homework dia. Cara kita bantu dia ialah dengan duduk bersama, minta tolong mana2 kawan berbangsa cina jika perlu, Google atau apa sahaja kecuali memegang pensel dan tolong tulis. Itu dilarang sama sekali. Dari situ mereka akan belajar bahawa bukan mudah untuk mendalami bahasa asing jika tidak berusaha.
Selain itu, jika di sekolah ada mengadakan tuisyen, silalah join. Lebih baik lagi jika kita dapat menghantar anak-anak di tuisyen tambahan memandangkan semua subjek di SJKC adalah dalam bahasa Mandarin kecuali BM, BI dan Pendidikan Islam. Untuk subjek Sains, Math, Sejarah dan lain-lain semuanya dalam bahasa Mandarin. Tapi, jika ibubapa ada kepakaran dalam bahasa Mandarin, maka tak perlulah hantar tuisyen.
Ibubapa mestilah sentiasa berbaik-baik dengan guru-guru. Nasihati anak supaya sentiasa hormatkan guru kerana dari situlah keberkatan ilmu akan diperolehi. Jika kita berbaik dengan guru, in shaa allah guru-guru akan sentiasa memberi feedback kepada kita tentang anak kita. Percaya kepada guru kerana mereka pakar di bidang mereka.
Sebagai tambahan, galakkan anak untuk berkomunikasi dengan orang-orang cina di mana sahaja. Kita ada satu amalan yg kita buat dari dulu. Apabila kita ke kedai runcit cina, kita akan paksa dia bercakap dengan pekedai. Sebagai upah, dia boleh beli sedikit roti/air/keperluan dia. Pada hari pertama, memang dia kekok, tapi kita akan pergi lagi ke kedai yang sama supaya ada bonding antara anak kita dengan pekedai tersebut. Tujuannya untuk mengurangkan rasa gementar anak kita tu. Jadi, jika dia dah biasa berkomunikasi dengan orang yg sama, barulah kita tambah lagi kenalan.
Alhamdulillah, anak kita ni survive dari umur 4 tahun sampailah UPSR di sekolah aliran cina dan memperoleh keputusan yg agak cemerlang iaitu 5A3C. Dan kini, dia menyambung Tingkatan 1 nya masih lagi di SMK aliran cina jugak. Dia happy sangat sebab kawan-kawan sekolah lama dia ramai yg sambung ke sekolah yg sama. Dan lebih happy lagi, di sekolah menengah aliran cina, hanya subjek bahasa Mandarin sahaja yg diajar dalam bahasa Mandarin. Untuk subjek Sains dan Maths diajar dalam English manakala yang lain2 semuanya dalam BM.
Semoga anak kita ni terus berjaya dalam kehidupan harian dia. Doa selalu kita panjatkan buat anak2 semua.
Di lain entri, saya akan share pulak bagaimana kita memantau makanan dan solat anak kita di sekolah ye. Terima kasih kerana sudi membaca.
Love uols,
Julia

Assalam sis..blh sy tau dmna sis hntaq ank tuisyen bahasa cina
ReplyDeleteWsalam.. sekolah anak sy buat tuisyen hari2, jadi sy hnya hntr di skolah shj.
Delete