Cuti sekolah vs kenduri kahwin Siri 2

Haaaaa... Dah macam slot akasia kat TV3 pulak kan, bersiri-siri.... Ok lah, yang Siri 1 tu, semalam punya cerita... Yang ni, hari ni punya cerita iye?! Bersamaan dengan hari Ahad, 7 Disember 2014...
Alhamdulillah sangat ada entry macam ni. Sebabnya apa tau...dapatlah saya berkunjung ke majlis perkahwinan sahabat saya ni- Noorhayati Husin@Megat...atau pun, dulu-dulu time sekolah, saya panggil dia Yati Pontianak. Ish...seram pulak malam-malam nak cerita ni.... Panggilan Pontianak tu, bukan sebab dia bersiung ke, ngisap darah orang ke...tak!!! Langsung tak! Sebenarnya Yati ni kalau gelak, masya Allah, dah macam mengilai. Sebab tu lah kami gelarkan dia gitu. Tapi...tapi...itu masa zaman sekolah rendah. Zaman kanak-kanak ribena. Zaman aku gelak,sukati aku lah! Tapi, bila meningkat remaja, tak de dah dia nak gelak gitu... Sebelum tunuj gambar kahwin dia, jom story sikit pasal Yati ni... Saya ni berkawan dengan Yati dari darjah 1 sampailah sekarang ni ha...dah 35 tahun umur kami... Cer kira berapa tahun persahabatan kami? Tapi, dek kerana sibuk dengan kerja masing-masing, saya pun dah bertugas di Taiping, jadi memang dah lama sangat tak jumpa...bertahun-tahun! Dia memang sahabat yang baik. Kami berada dalam kelas yang sama darjah 1 Melor sampai 6 Melor di Sekolah Rendah Kebangsaan Tengku Bendahara Azman 1, Pelabuhan Klang. Sebenarnya, ada gambar zaman darjah 1 yang saya nak share di sini. Tapi, atas permintaan rakan-rakan yang ramai telah bertudung, maka tak dapatlah saya nak bernostalgia... Tapi takpe, banyak lagi gambar lain yang saya nak share...
Ok sambung balik cerita kita ye....

Mak saya dan mak dia pun berkawan sebab dulu-dulu masa kecil, rumah kami dekat-dekat. Di Flat Pandamaran, cuma blok je berbeza. Selepas, ibu bapa kami, masing-masing beli rumah sendiri dan berpindah, jaranglah kami berjumpa. Cuma jumpa di sekolah je la... Masuk Form 1 sampai Form 5, pun bersekolah yang sama, cuma kelas je sebelah-sebelah - Sekolah Menengah Perempuan Raja Zarina, Pelabuhan Klang.

           Inilah orangnya... Maniskan? Tengok kat lesung pipit pun, dah tau memang comel dia ni dari kecik! Kecik-kecik dah comel,manis...bila dah besar, haruslah cun melecun!

Ok, last sekali saya jumpa dia masa reunion batch pada tahun 2009. Ada satu gambar ni saya share, tapi mana yang saya blur kan tu, sebab mereka kini telah berhijab. Alhamdulillah.

     
Mana satu Yati? Cuba teka? Ataupun, cuba cari lesung pipit.... Yeay...anda berjaya! The one and only Yati berlesung pipit yang paling sweet, baju kuning tu lah! Tidak syak lagi!
Ok lah...saat ditunggu-tunggu...ni lah beberapa keping gambar yang dapat saya share kan kat sini ye..

 Gambar pertama, wajiblah gambar I dengan pengantinnya kan?...tumpang aura keayuan pengantin sikit.

     

Memperkenalkan barisan model tak jadi ye...hihi...dari kiri bertudung pink sambil pegang bunga telur tu- Paie, tokey kek. Sedap sangat kek dia. Boleh check out fb dia Nor Faiza Abd Muttalib, depan saya yang berniqab tu- Jaja. Ingat tak yang saya ceritakan dulu, masa kami ramai-ramai melepak kat rumah Gee?... Si baju merah tu- tak kenal ke? Pengantin lah! Sebelah pengantin, tudung gold -Aiza, tudung kelabu berbunga pink - Dot dan berbaju biru - Mala... Amacam? Rasa tak, happeningnya majlis ni? Sebab apa tau? Ni dah macam 2nd reunion kitorang lah pulok...

       
Abang pengantin sori lah ye...tolong tepi sikit! tolong tepi sikit! Hahahaha jahat tak? Bagi chance la kan kat kami ni.... Berasap je abang pengantin kan? Sabar-sabar.. Kita take turn. Kejap lagi kami bagi chance ye?!

      
Haaaa...tu dia! Bukan main senyum lagi cik abang kita ni dapat berdiri sebelah isteri tersayang dia. Tahniah to both of you...

      
Ok, ni lagi tersangat-sangat lama saya tak jumpa. Time kenduri ni pun, tak dapat jumpa jugak. Gambar ni pun ihsan dari Maziah (tudung biru) yang dia share dalam WhatsApp. Bertudung kelabu tu - Lina.. Lina ni memang saya tak dengar berita langsung sebab sejak masuk sekolah menengah dia sekeluarga berpindah ke Melaka. Ingatkan dapat jumpa, pun tak dapat jugak....sedih betul!



Ok, habis sudah cerita saya... Alhamdulillah, dek kerana adanya cuti sekolah, maka dapatlah saya hadir ke majlis ni...terima kasih Yati sebab sudi buat majlis ni time cuti. Kepada kawan-kawan semua, saya sangat merindui korang. Entah bila lagi dapat berjumpa macam ni kan? Kepada yang tak sempat nak jumpa, in shaa allah, panjang umur, murah rezeki dan dengan izin-Nya, dapatlah kita bertemu...
Sekian, selamat tidur dulu ye...dah mengantuk ni!


 
 
  
  

 
 


   

Comments

Popular posts from this blog

Buat tatapan ibubapa yg nak hantar anak ke sekolah cina

Catatan sebagai guru Ipad..... Saat pertama kali mengenal I-pad!

Ini bumi yang kupijak...lagu Wawasan MRSM Taiping yang masih menyengat!!!