Anak melayu sejati- nasi oh nasi....

Hari ni rasa malas nak keluar beli breakfast. So, cadangnya makan roti bakar je lah. Cakap pada anak saya yang sulung tu- Muhaimeen- abang, pagi ni kita makan roti bakar letak cheese je lah ye? Dia ok je sebab memang dia suka sangat makan cheese... Kemudian, beralih pulak pada si adik- Nia. Yang ni...menarik dan memeningkan kepala mama...sebabnya, anak saya ni memang anak melayu sejati..berikut adalah conversation kami ye...
Mama: nia, hari ni kita makan roti dengan telur je lah ye?
Nia     : tak nak. Nia nak nasi lemak..
Mama: alahai mama malas nak keluar lah dik...
Nia     : macam tu nia nak nasi dengan telur dengan kicap dengan sos tomato...
Mama: nasik? Ok la...tapi lambat sikit ye sebab mama nak kene masak nasi dulu
Nia     : tak pe...nia boleh tunggu...

 Asal nasi dari beras kan? Tunggu ye Nia..

Begitulah penangan nasi bagi seorang anak kecil bernama Nia Nur Iman. Dia memang penggemar nasi. Pernah sekali, pukul 10.30 malam, dia minta nasi dengan telur. Dahsyat tak? Bila kami keluar makan, menunya samada nasi putih + telur atau pun nasi goreng pattaya... Kadang-kadang kami ke KFC, orang lain sibuk memilih nak makan ayam ori or spicy, dia tetap tunjuk menu yang ada nasi. Saya pun tak perlu risau nak masak lauk apa, sebab Nia memang tak makan lauk. Dia hanya suka telur, kicap dan sos tomato..

    
   
Melihatkan perangai dia, teringat saya masa mengandungkan dia 3 tahun yang lalu...agaknya memang benar kata orang-orang tua...apa yang kita suka or buat time pregnant, memang selalunya mengikut ke anak-anak. Sewaktu saya mengandungkan Nia, memang saya suka sangat makan nasi. Kadang-kadang tengah malam pun, saya sanggup bangun untuk goreng telur. Ada sekali tu, saya teringin sangat makan nasi berlauk kan ikan bilis goreng dengan cili padi dan bawang besar... Perghhh, lepas goreng terus makan dengan nasik panas...nikmatnya! 
Berbeza sangat dengan abangnya. Sewaktu mengandungkan Min...saya langsung tak boleh makan nasi selama 4-5 bulan. Jangan kata nak makan..dengar perkataan nasi pun, saya rasa loya. Walaupun hakikatnya, saya tidak pernah mengalami mabuk or morni g sickness...pelik kan? Kerana itu, Min pun sekarang kurang makan nasi. Bukan tak makan langsung, cuma dia lebih gemar makan pasta...sama seperti ketika saya mengandungkan dia 8 tahun yang lalu... Itulah kan, baru dua orang anak...orang lain yang ada lima,enam tu macamana kan? Mesti lebih ceria dan berbeza minat mereka...
So, dengan rasmi nya, pagi ni saya masak nasi extra awal- 8.30 pagi dah masak. Selalunya, pukul 11-12 baru saya masak nasi... Nia oh Nia sayang....

 Sabar menanti nasi dia...hihihi....


Comments

Popular posts from this blog

Buat tatapan ibubapa yg nak hantar anak ke sekolah cina

Catatan sebagai guru Ipad..... Saat pertama kali mengenal I-pad!

Ini bumi yang kupijak...lagu Wawasan MRSM Taiping yang masih menyengat!!!