Jom jalan ke Penang

Assalamualaikum smua... hai..
Lama tak bersiaran kan? Hari ni nk cerita pasal jalan-jalan kt Penang Island. Walaupon memang selalu ke Penang sebab papa budak-budak bertiga ni orang Penang, tapi kali ni nak cerita jugak. Sebab tempat yg kami pegi ni baru first time kami pegi. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas. Sesuai untuk develope pengetahuan sains dan technology anak-anak kita.

TECH DOME
Terletak di Komtar Pulau Pinang. Nak cari tak susah sangat. Tapi biasa lah, jalan Penang yang agak sesak tu, lambat jugaklah kami sampai. Kat dalam tu, dia macam Petrosains cuma mungkin kecil sikit. Semasa kami sampai, anak-anak terus main macam-macam set yang ada kat situ. Semua berlatarkan pengetahuan sains. Tepat jam 3.00 petang, ada persembahan Robotik di tingkat 1. Bukan main excited lagi budak- budak ni nak tengok robot. Selain daripada itu, ada beberapa game yang boleh kita lakukan tapi yang ni bayarannya berbeza. Untuk tiket masuk, kami ambil pakej keluarga. 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, baby pulak memang free. Jumlahnya RM65. Bagi kami, seronok lah bawa anak-anak ke tempat yang mereka boleh bermain, explores dan dapat ilmu at the same time.






Sebahagian gambar yg dapat di upload kan untuk kawan-kawan semua. Kepada sesiapa yang  berada di kawasan utara dan mencari tempat yang seperti Petrosains, saya syorkan tempat ini. OK...
Jumpa lagi semua. Bye

Love,
Julia

Comments

Popular posts from this blog

Buat tatapan ibubapa yg nak hantar anak ke sekolah cina

Catatan sebagai guru Ipad..... Saat pertama kali mengenal I-pad!

Ini bumi yang kupijak...lagu Wawasan MRSM Taiping yang masih menyengat!!!