Science Camp MRSM Taiping

Hai semua,
Hari ni, saya nak cerita pasal aktiviti masa Science Camp yg dah berlangsung bulan Februari aritu... Mmg lambat sangat update kan? Nak buat macam mana... BZ kononnye.
Ok, Science Camp MRSM Taiping ni, memang berlangsung every year. Tapi, tahun ni ada sedikit kelainan. Apakah???
Tahun ni, Cikgu Nik cadangkan untuk buat beberapa simple science projects kemudian hebahkan kepada sekolah dan masyarakat setempat untuk hadir dan enjoy. Tujuannya, selain daripada merealisasikan program khidmat masyarakat, ianya juga untuk mendekatkan diri adik-adik sekolah rendah dan masyarakat setempat dengan sains. Bolehlah memupuk minat diorang tu. Untuk kem kali ini, kami buat dia Tapak Kem Mawaddah, Batu Kurau Perak selama 3 hari 2 malam. Aktiviti lain yang biasa dijalankan adalah aktiviti akademik dan games untuk subjek kimia, fizik dan biologi.
Yang saya nak highlight kat sini, ialah program khidmat masyarakat tu. Sebabnya, rata-rata yang hadir adalah pelajar sekolah rendah kawasan pedalaman memandangkan kem kami ini di kawasan luar bandar. Melihat wajah-wajah ceria mereka, buat saya rasa seronok sangat. Bayangkan, budak-budak ni diberi peluang untuk bermain dengan robot, iPad, melancarkan roket, bina belon gergasi ditambah pula dengan penerangan dari kakak-kakak dan abang-abang MRSM tentang konsep fizik, tentang magis nya kimia, tentang uniknya sistem dalam tubuh mereka...sudah tentu lah mereka very excited....
Program ini juga berjaya meningkatkan keyakinan diri pelajar MRSM Taiping sendiri untuk berhadapan dengan guru-guru dari sekolah luar, ibu bapa dan anak-anak mereka yang hadir. Lega rasanya apabila, ada yang volunteer untuk jadi emcee, jadi penyambut tetamu dan baby sitter kepada anak-anak kami...
Insya Allah, tahun hadapan kami akan meneruskan program ini dan cuba menambahbaikkan lagi sebarang kekurangan. Doakan kejayaan pelajar-pelajar MRSM Taiping dan doakan kesihatan kami, guru-guru supaya dapat terus menabur ilmu yang tidak seberapa ini. Credit to all the teachers of Science Department of MJSC TAIPING. Amin....
Sebagai conclusion, jom tonton video ni... Bye.

Love,
Julia


Comments

Popular posts from this blog

Buat tatapan ibubapa yg nak hantar anak ke sekolah cina

Catatan sebagai guru Ipad..... Saat pertama kali mengenal I-pad!

Ini bumi yang kupijak...lagu Wawasan MRSM Taiping yang masih menyengat!!!