Ke arah pendidikan 21st century ...

Salam semua... Rasanya macam dah lama tak update pasal iPad... Baru-baru ni saya telah menghadiri suatu kursus pemantapan pedagogi... Dalam kursus tersebut, ada dua slot dari penceramah yang berbeza, talking about education system towards 21st century ni... 


Bila fikirkan betul-betul, tinggi cabaran sebagai guru ke arah globalisasi ni tau... Semua orang dalam bidang pendidikan will talk about PISA (Program for International Student Assessment). Ranking negara kita yang sangat tidak memberangsangkan. 
http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/

Semua ni gara-gara sikap masyarakat kita yang malas berfikir. Sistem pendidikan yang dikatakan spoon feeding. Anak-anak kita pun semakin jarang mengambil tahu isu-isu semasa, kecuali isu semasa melibatkan artis/movie kegemaran mereka, yang itu pasti cepat sahaja mereka ada info. Oleh itu, pihak kerajaan sekarang ni memperkenalkan program PT3, soalan KBAT dan sebagainya. Terdapat pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan ke arah 21st century learners ni...salah satunya IT.. Kalau dulu, saya hanya menggunakan PowerPoint slides yang saya kira dah cukup hebat lah IT saya tu...tapi kini, powerpoint juga sudah dikategorikan tidak hebat dan kurang IT nya... Wahhh..itulah cabaran kami, guru-guru ni!
Sekarang ni ada iPad untuk membantu pengajaran namun begitu, menjadi guru kadang-kadang kita susah nak bagi kepercayaan kepada pelajar kita. Kita takut jika mereka 'buat kerja lain' dengan iPad atau apps dalam iPad tu.. Ini semua kerana internet di hujung jari. Tapi, at the same time, kita mesti beri mereka kebebasan juga untuk mencari ilmu dengan cara mereka sendiri. 
Walaubagaimanapun, sebagai guru kita kene lah berusaha mengikut arus pendidikan yang sentiasa berkembang. Perlu sentiasa creative dalam menghadapi pelajar yang juga creative. Yang paling penting, guru perlu memajukan diri supaya kita tidak ketinggalan zaman... Sekian dulu dari saya untuk hari ini.... Wassalam..

Comments

  1. Yup, agree with you. Kebebasan kita mesti bagi tapi kna pasang tali. Agak2 kalau nk ke laut tu, tarik balik. All the best, Julia. Ko cg yg terbaik!

    ReplyDelete
  2. Yup, agree with you. Kebebasan kita mesti bagi tapi kna pasang tali. Agak2 kalau nk ke laut tu, tarik balik. All the best, Julia. Ko cg yg terbaik!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buat tatapan ibubapa yg nak hantar anak ke sekolah cina

Catatan sebagai guru Ipad..... Saat pertama kali mengenal I-pad!

Ini bumi yang kupijak...lagu Wawasan MRSM Taiping yang masih menyengat!!!