Kau inspirasiku...

Hallo everyone.... Malam-malam nak tidur ni, rasa macam nak tulis something lah.. 
Dalam dua tiga hari ni, saya mendapat tahu bahawa saya telah menjadi sumber inspirasi buat orang lain... Wahhh macam hebat je bunyi nya kan? Sebenarnya saya pun terkejut! Saya sendiri tertanya-tanya... Dah takde orang lain ke diorg ni? Apa yang ada kat saya ni untuk dijadikan sumber inspirasi mereka ni? Malu pun ada, heran pun ada, terharu pun ada... Bangga kembang idung pon ada gak la sebenarnya hihihi...
Tak sangka sungguh saya, sedikit usaha, sedikit bantuan yang saya hulurkan, rupanya telah memberi sedikit manfaat kepada orang lain. Alhamdulillah... I've never thought that, one day ada orang cakap, saya telah menjadi sumber inspirasi atau idola mereka...sebab bagi saya, apa yang saya buat adalah reaksi spontan, ikhlas dan hanya mengikut gerak hati saya saja... Tapi, jika sekiranya apa yang saya buat, telah dapat memberi harapan dan kejayaan buat orang lain, itu adalah sesuatu yang amat membanggakan saya... Syukur alhamdulillah... 
Kat sini saya share sikit, ayat-ayat diorang untuk saya tu... Perlu saya ingatkan kepada kawan-kawan semua, saya bukan nak menunjuk-nunjuk apatah lagi untuk membangga diri. Tapi, saya nak share rasa gembira dan bahagia bila mana, ada orang memandang kita dengan pandangan yang manis dan indah...
Ingat tak saya pernah cerita pasal Lilie- bff saya yang dah pindah ke KMS? Hah... Rupanya dia pun dah mula menulis blog kerana secara tak sengaja terinspirasi by me... Kelakar lah... OK, you all can follow her at lavenderlilie.blogspot.com
Congrats dear...keep on blogging..

Yang ni pulak... Ex-student saya SPM tahun 2003... Punya lama tak dengar cerita dia, baru dua hari lepas dia ber WhatsApp dengan saya... 

Ni lah orangnya- McNie... Manis kan? Dah dua pon anaknya... Bercucu dah saya ni... 
Inilah dua kisah terkejut tergempar sepanjang dua hari ni... Langsung tak pernah terfikir mereka-mereka ini, yang jauh lebih hebat, lebih bijak dan berkarisma, boleh menjadikan saya ni- seorang guru kimia biasa, seorang Julia yang biasa-biasa saja, sebagai salah seorang idola mereka. 

So, for people out there, whatever you do, always do it right and jujur dan ikhlas lah selalu. Sebab kita tak tahu apa yang ada di depan kita...  Kita tak akan tahu bahawa kadang-kadang, benda kecil yang kita buat berupaya memberi inspirasi dan kejayaan untuk orang lain..and when the moment you know that...it's the greatest achievement for you... Ok good night!

Comments

  1. done follow blog ni,,jom singgah n follow blog sy

    ReplyDelete
  2. Yes, Julia.You are indeed inspiring.Keep on inspiring people.

    ReplyDelete
  3. Yes, Julia.You are indeed inspiring.Keep on inspiring people.

    ReplyDelete
  4. Berblog skrg plak kan..hahaha....jom follow blog aku..nak active balik nihh..dah lama sgt menyelam..baru nk timbul

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buat tatapan ibubapa yg nak hantar anak ke sekolah cina

Catatan sebagai guru Ipad..... Saat pertama kali mengenal I-pad!

Ini bumi yang kupijak...lagu Wawasan MRSM Taiping yang masih menyengat!!!