Birthday sempoi...
10 Disember 2014- genap usia anakku Muhammad Ady Muhaimeen 8 tahun...
Selalunya, tiap-tiap tahun saya tempah kek pelbagai bentuk untuk dia. Dan selalunya juga, kek tu akan end up dok dalam peti es dan mengeras. Sebabnya, kami makan sikit je.. Lagipun kami celebrate birthday dengan family je... Takde la buat besar-besaran. Cuma masa umur dia 4 tahun je, memang saya buat birthday party besar-besaran. Lepas tu, kami tak buat dah gitu.
Tahun ni, mmg paling sempoi. Saya tak tempah kek kartun-kartun yang selalu tak habis tu. Min agak bengang sikit, tapi bila dia makan kek yang saya beli tu sedap, jadi dia ok la lepas tu... So, kat bwh ni saya share sikit sambutan kecil-kecilan ni...
cakes n kek vanila je yg sy beli... Ni kat umah mak saya di Pelabuhan Klang...cuti bulan 12, memang saya bawak budak-budak ni balik sana...
Orang lain punya birthday, orang lain pulak yang excited...
Mula-mula merajuk, tapi bila mama suap, seronok bukan main dia...
Jelessss... Dia nak juga mama suapkan!
Jemputan yang hadir...kikikiki...jemputan sangat! Dah memang budak-budak ni dok dengan neneknya..
Comments
Post a Comment