Aeon Taiping pulak
Start keje 2002 dulu, Taiping memang takde supermarket sangat. Mengimbau 12 tahun lalu, seingat saya hanya ada Taiping Jaya kat tengah-tengah pekan Taiping dan Fajar di Kamunting. Tapi sekarang... Nama je apa pun..semua ada. Tesco, Giant, Taiping Sentral, Taiping Mall, The Store semua ada. Dan sekarang, hari ini kami ke AEON pulak...
Dasyat dah taiping sekarang. Jalan pun dah makin sesak... Bagus jugak la tengok pembangunan di Taiping sekarang..
Ingat lagi, dulu masa mula-mula datang kerja sini, tiap-tiap hari saya nangis nak pergi Jusco. Maklumlah, kat Klang tu Jusco memang tersergam indah. Tau-tau datang Taiping, tak ada lah pulak... Tapi, sekarang bila AEON tu dah ada depan mata, saya tak rasa lah pulak nak pergi sangat-sangat. Hari pertama pembukaan AEON tu, saya menangis. Kenapa lah ada kat Taiping ni. Sebabnya, jalan memang jam teruk sangat-sangat!!! Kelakar pun ada..bila tak ada, ditunggu-tunggu, bila dah ada...tak mahu!!! Inilah nama nya manusia, susah sangat nak bersyukur... Ada je yang tak kene.. Harap nya, saya akan lebih bersyukur lagi di masa hadapan...
Comments
Post a Comment