Perasaan ibu

Hai semua,
Lama kita tak bersiaran kan? Ada masalah gadget skit... hihihi
OK, cerita kita hari ni pasal PERASAAN IBU. Dulu-dulu masa zaman saya sekolah, ada la pihak sekolah buat rombongan la, camping la...tapi mak dengan ayah, selalu tak bagi join. Kita pernah lah mogok. Sebab tak puas hati tak dapat join. Tapi ada jugak la sekali dua, mak dengan ayah bagi keizinan untuk pergj. Apa lagi...sengih sampai ke telinga lah.. 
Sekarang ni, after so many years, saya pun telah bergelar ibu, maka roda kehidupan itu berputar lah pulak... dalam kehidupan saya pulak. 
Nak tau apa yang jadi? Haaa...begini kisahnya...
Sebelum Ramadhan yang lalu, anak sulung saya, Muhammad Ady Muhaimeen minta keizinan untuk pergi camping. Seperti mak dan ayah saya, maka saya tak izinkan. Walaupun Min merajuk, tapi sebagai anak yang mendengar kata, dia akur sahaja dengan mama dan papa dia ni. Sehinggalah saat nak exam, dia bagitahu saya, Mama..teacher cakap, sesapa yang lulus semua subjek, sekolah nak bawa pergi jalan-jalan kat Penang. Boleh tak mama? Agak-agak you all lah kan, apa jawapan saya? Hahaha...tapi sebab saya risau dia gagal paper Bahasa Cina, so saya jawab- tengok lah dulu result abang macamana nanti....(jawapan selamat)
Untuk pengetahuan uols, anak saya bersekolah di sekolah aliran Cina dalam tahun 5. Jadi, agak sukar anak-anak melayu untuk lulus paper Bahasa Mandarin lebih-lebih lagi karangan Bahasa Cina. Untuk lulus subject Bahasa Mandarin yang ada 2 paper tu, walaupon sekadar D, adalah satu kebanggaan. Semenjak di tadika sehingga Min darjah 3, subject Mandarin dia selalu A. Tapi bila naik darjah 4, dan dah ada karangan Bahasa Cinq tu, time tu la start nye kaler merah dalam report card dia... nak marah pon tak boleh sebab saya sendiri tak tahu nak ajar. 
Akhirnya bila results keluar, alhamdulillah. Semua subject lulus dan lebih terkejut lagi karangan Bahasa Cina dia dapat B. Saya rasa, dia memang betul-betul pulun sebab nak pegi Penang kot. Padahal Penang tu memang dah biasa sangat pegi. Al maklumlah, kampung papa dia... 
Jadi, 2 weeks before nak pergi tu, dia banyak kali tanya saya. Boleh ke mama? Saya pon terpaksa bagi dia pergi sebab saya fikir, dia dah berusaha. Sekolah pun nak bagi hadiah kepada pelajar-pelajar ni kan, so why not? Tapi dalam hati....Allah sahaja yang tahu 😫
Jadi, semalam lah hari nya... sehari sebelum pergi tu, berkali-kali saya minta papa ambil cuti, supaya kami boleh ikut. Suami dah bagi izin Min pergi so dia cakap, biarlah anak tu nak pergi jalan dengan kawan-kawan. Pagi sabtu, suami kerja. Jadi, saya yang hantar Min ke stesyen keretapi Kamunting ditemani adik-adik Min. Perjalanan mereka menaiki keretapi Komuter dari Kamunting ke Butterworth. Kemudian menaiki feri terus ke Jeti Pulau Pinang. Seterusnya berjalan kaki dia area berhampiran jeti. 
Uols nak tau, selama seminggu lebih saya dok ulang nasihat dan pesanan- Min, naik train elok-elok. Jangan duduk tepi pintu. Naik feri jangan lari-lari, jangan jengok ke bawah, pergi toilet bagitahu cikgu, ajak kawan-kawan, mesti call mama setiap 10 minit..dan macam-macam lagi. Sampai akhirnya Min pon tanya, Mama ni nak bagi pergi ke tak? 
So semalam seperti 30 orang parents yang lain, kami hantar anak-anak ke stesyen KTM Kamunting dengan pelbagai pesanan dan nasihat. Selepas train bergerak, saya langsung tak menangis tapi jantung, hati semua bergetar berdegup kencang. Tiba-tiba, anak kedua saya- Nia Nur Iman menangis. Saya tanya, kakak, kenapa kakak nangis ni? Terus dia ckp- mama nanti papa balik kerja, kita pergi Penang ambik abang. Nia rindu kat abang... haaaa??? Terkejut saya. Sebab walaupon mereka rapat dan selalu bermain bersama, tapi bergaduh dan menyakat adalah benda wajib dibuat. Tapi, kuasa hubungan adik beradik tu memang unik kan?!
Dan akhirnya, saya berjaya buat pertama kalinya melepaskan anak saya pergi rombongan sekolah walaupon segala macam doa saya panjatkan pada Yang Maha Esa. Tapi memang benar, penantian itu suatu penyiksaan... nak tunggu dia sampai pukul 8.20 malam, saya rasa macam nak tidur je dekat stesyen KTM tu... hahahaha...
Alhamdulillah, Allah melindungi anak saya, rakan-rakannya dan guru-gurunya juga. Mereka selamat tiba semula di Kamunting jam 8.20 malam sama seperti yang dijanjikan.
Sekarang baru saya faham, mengapa mak dan ayah saya sangat protective dulu.. sebabnya satu aje- SAYANGKAN ANAK...
Bolehlah tengok-tengok gambar dia kat bawah ni...










In shaa allah, kita berjumpa lagi nanti ye... thanx for reading this.

Love u all,
Julia

Comments

Popular posts from this blog

Buat tatapan ibubapa yg nak hantar anak ke sekolah cina

Catatan sebagai guru Ipad..... Saat pertama kali mengenal I-pad!

Ini bumi yang kupijak...lagu Wawasan MRSM Taiping yang masih menyengat!!!