Buat tatapan ibubapa yg nak hantar anak ke sekolah cina
Assalamualaikum smuanya... Lama tak bersiaran kan? Ok hari ni kita nk share pengalaman kita yg ada anak bersekolah di SJKC. Dulu masa saya decide nak hantar anak pergi tadika cina, ada orang sekeliling bertanya... macamana nak makan nanti? Belajar mengaji tak? Ada kawan-kawan melayu tak? Itu antara soalan normal yang orang tanya la. Tapi kita ada dah jawapan untuk semua soalan tu sebab kita dah survey sebelum buat decision. Ok ni sikit sharing buat ibubapa yang mungkin terpikir-pikir nak pilih sekolah kebangsaan atau sekolah aliran cina. Pertama sekali, kita mesti ada tujuan kenapa kita nak hantar anak ke sekolah aliran cina. Ramai ibubapa melayu mengambil keputusan untuk mendaftar anak ke SJKC kerana mahu anak nya mempelajari bahasa Mandarin. Mereka cakap, yang penting anaknya boleh berkomunikasi dalam bahasa cina cukup lah. Tapi bg saya, saya mahu anak saya menguasai bahasa Mandarin. Ibubapa kene faham beza antara tahu bahasa Mandarin dan menguasai bahasa Mandarin. Jika ibubapa han...