Posts

Showing posts from September, 2017

Jom jalan ke Penang

Image
Assalamualaikum smua... hai.. Lama tak bersiaran kan? Hari ni nk cerita pasal jalan-jalan kt Penang Island. Walaupon memang selalu ke Penang sebab papa budak-budak bertiga ni orang Penang, tapi kali ni nak cerita jugak. Sebab tempat yg kami pegi ni baru first time kami pegi. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas. Sesuai untuk develope pengetahuan sains dan technology anak-anak kita. TECH DOME Terletak di Komtar Pulau Pinang. Nak cari tak susah sangat. Tapi biasa lah, jalan Penang yang agak sesak tu, lambat jugaklah kami sampai. Kat dalam tu, dia macam Petrosains cuma mungkin kecil sikit. Semasa kami sampai, anak-anak terus main macam-macam set yang ada kat situ. Semua berlatarkan pengetahuan sains. Tepat jam 3.00 petang, ada persembahan Robotik di tingkat 1. Bukan main excited lagi budak- budak ni nak tengok robot. Selain daripada itu, ada beberapa game yang boleh kita lakukan tapi yang ni bayarannya berbeza. Untuk tiket masuk, kami ambil pakej keluarga. 2 dewasa dan 2 k...