Perasaan ibu
Hai semua, Lama kita tak bersiaran kan? Ada masalah gadget skit... hihihi OK, cerita kita hari ni pasal PERASAAN IBU. Dulu-dulu masa zaman saya sekolah, ada la pihak sekolah buat rombongan la, camping la...tapi mak dengan ayah, selalu tak bagi join. Kita pernah lah mogok. Sebab tak puas hati tak dapat join. Tapi ada jugak la sekali dua, mak dengan ayah bagi keizinan untuk pergj. Apa lagi...sengih sampai ke telinga lah.. Sekarang ni, after so many years, saya pun telah bergelar ibu, maka roda kehidupan itu berputar lah pulak... dalam kehidupan saya pulak. Nak tau apa yang jadi? Haaa...begini kisahnya... Sebelum Ramadhan yang lalu, anak sulung saya, Muhammad Ady Muhaimeen minta keizinan untuk pergi camping. Seperti mak dan ayah saya, maka saya tak izinkan. Walaupun Min merajuk, tapi sebagai anak yang mendengar kata, dia akur sahaja dengan mama dan papa dia ni. Sehinggalah saat nak exam, dia bagitahu saya, Mama..teacher cakap, sesapa yang lulus semua subjek, sekolah n...