Science Camp MRSM Taiping
Hai semua, Hari ni, saya nak cerita pasal aktiviti masa Science Camp yg dah berlangsung bulan Februari aritu... Mmg lambat sangat update kan? Nak buat macam mana... BZ kononnye. Ok, Science Camp MRSM Taiping ni, memang berlangsung every year. Tapi, tahun ni ada sedikit kelainan. Apakah??? Tahun ni, Cikgu Nik cadangkan untuk buat beberapa simple science projects kemudian hebahkan kepada sekolah dan masyarakat setempat untuk hadir dan enjoy. Tujuannya, selain daripada merealisasikan program khidmat masyarakat, ianya juga untuk mendekatkan diri adik-adik sekolah rendah dan masyarakat setempat dengan sains. Bolehlah memupuk minat diorang tu. Untuk kem kali ini, kami buat dia Tapak Kem Mawaddah, Batu Kurau Perak selama 3 hari 2 malam. Aktiviti lain yang biasa dijalankan adalah aktiviti akademik dan games untuk subjek kimia, fizik dan biologi. Yang saya nak highlight kat sini, ialah program khidmat masyarakat tu. Sebabnya, rata-rata yang hadir adalah pelajar sekolah rendah kawasan pedala...