Posts

Showing posts from March, 2015

Kau inspirasiku...

Image
Hallo everyone.... Malam-malam nak tidur ni, rasa macam nak tulis something lah..  Dalam dua tiga hari ni, saya mendapat tahu bahawa saya telah menjadi sumber inspirasi buat orang lain... Wahhh macam hebat je bunyi nya kan? Sebenarnya saya pun terkejut! Saya sendiri tertanya-tanya... Dah takde orang lain ke diorg ni? Apa yang ada kat saya ni untuk dijadikan sumber inspirasi mereka ni? Malu pun ada, heran pun ada, terharu pun ada... Bangga kembang idung pon ada gak la sebenarnya hihihi... Tak sangka sungguh saya, sedikit usaha, sedikit bantuan yang saya hulurkan, rupanya telah memberi sedikit manfaat kepada orang lain. Alhamdulillah... I've never thought that, one day ada orang cakap, saya telah menjadi sumber inspirasi atau idola mereka...sebab bagi saya, apa yang saya buat adalah reaksi spontan, ikhlas dan hanya mengikut gerak hati saya saja... Tapi, jika sekiranya apa yang saya buat, telah dapat memberi harapan dan kejayaan buat orang lain, itu adalah sesuatu yang amat membanggak...

SaHaBaT SeJaTi... Jangan dipersiakan!

Image
Assalamualaikum semua....hari ni saya nak cerita tentang dua orang sahabat saya ni. Rindu pulak kat diorg. Sambil belek-belek gambar-gambar lama dan ternampak satu gambar ni. Teruslah terasa nak tulis entree ni.. Beli barang dapur kat Tesco Taiping.     Ini lah bff saya selama bekerja di MRSM Taiping ni... Tudung mustard colour tu- Nurul, mengajar English. Lama sangat tinggal di UK, balik Malaysia, blur kejap minah ni...hihi sorry beb! Yang tudung cream ni Lilie, cikgu Biology. Ingat tak saya penah tunjuk gambar terkini dia di entri saya yang terdahulu? Dia sekarang dah pindah ke Kolej MARA Seremban(KMS), sebab mengikut husband dia yang bekerja di Port Dickson. Pada ketika gambar ini diambil, Nurul sahaja yang masih bujang. Kedua-dua kami sudah berkahwin dan kedua-duanya ialah PJJ- perkahwinan jarak jauh , sebab suami masing-masing berada di luar Perak. Weekend sahaja suami masing-masing balik... Banyak aktiviti kami buat bersama...shopping, makan, jalan2, gosip...